Kecoh semalam apabila pelakon drama Mr.Grey, Fendy Bakry dikejarkan ke hospital sekali lagi kerana masalah kesihatan yang dihadapinya.

MH dengar banyak betul spekulasi semasa berita tersebut tersebut tersebar semalam hinggakan ada yang mengatakan bahawa pelakon tersebut kini sedang koma dan tenat di hospital.

Berikutan itu, pengurus Fendy, Fadzil Zahari mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.

IKLAN

“Pihak keluarga amat berduka cita dengan perkembangan khabar angin dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab apatah lagi pihak yang tiada kepentingan pun terhadap perkembangan kerjayanya selama ini.

“Sebaliknya doktor merehatkan Fendy dari sebarang tindakan refleks seperti batuk atau bersin dengan bius untuk mengelak jangkitan penyakit lain seperti lelah sekiranya dia batuk secara semulajadi,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Fendy dikatakan mengalami sakit misteri dan terpaksa berehat di kampung untuk mendapatkan rawatan secara tradisional menyebabkan ramai peminat melahirkan kebimbangan mereka.

Tambah Fadzil lagi, Fendy ke hospital kerana menjalani rawatan susulan biasa sahaja.

IKLAN

“Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat simptom ‘pneumonia’ (paru-paru berair) lalu dia diletakkan di bawah pemerhatian doktor.

“Oleh kerana simptom itu tidak dapat dirawat segera disebabkan batuk dan serangan sakit dada yang mengganggu proses rawatan pemulihan pneumonia, doktor memutuskan untuk merehatkannya dengan bius serta memasukkan oksigen sebagai alternatif pernafasan normal untuk mengelak sesak nafas berpanjangan atau mendapat serangan asma.

“Disebabkan itu juga, dia kini diletakkan pada tahap unit rawatan intensif (ICU) di hospital sama,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Fendy sendiri turut mengambil inisaitif memuat naik petikan berita menerusi laman Instagram miliknya bagi menjelaskan perkara tersebut.

“Salam, berita lanjut boleh klik di Bio, terima kasih semua yang mendoakan,” tulisnya.

IKLAN

MH doakan semoga kesihatan Mr. Grey semakin pulih selepas ini. Fighting!

sumber: Harian Metro/ IG Fendy Bakry

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI