Selepas menceburi perniagaan berasaskan kecantikan dan pakaian, pelakon Ardell Aryana kini mula terokai ruang bisnes baru apabila membuka pusat laser bulu, Hairy Mary di Publika, Solaris Dutamas.
Perniagaan berkenaan diusahakan isteri kepada Nadzmi Adhwa ini bersama sepupunya, Dr Por Yan Sheng. Hairy Mary merupakan cawangan ketiga dibuka selepas di One City, Subang Jaya dan Midvalley.
“Ukhuwah saya dan pakcik (Dr Por) sudah terjalin sekian lama. Kami selama ini banyak berkongsi pemikiran dalam dunia perniagaan.
“Biarpun jarak usia kami dekat, tapi saya bahasakan dia sebagai pakcik mengikut pangkat dan hormat. Banyak kali juga dia mengajak saya untuk bekerjasama. Namun rezeki hanya terjalin kali ini.
“Saya banyak melihat cara orang Cina berniaga menerusinya. Begitulah sebaliknya. Ia seperti satu perkongsian pintar yang kami jalinkan dalam perniagaan ini.
“Melihat kejayaan dua premis terdahulu diusahakannya, saya nekad untuk meneruskan kerjasama sulung ini,” katanya.
Berkongsi antara sebab dia terfikir untuk melakukan kerjasama terbabit, bintang Tak Ada Cinta Sepertimu ini sendiri melihat akan kepekaan dirinya dalam menjaga kebersihan.
“Cuma pada awalnya ketika saya berkongsi video atau gambar membuat laser buang bulu, ada yang bertanya bolehkah wanita Islam melakukannya.
“Saya sendiri meleraikan persoalan itu dengan bertanya ustaz dan mereka yang lebih pakar. Dalam Islam sendiri mementingkan kebersihan.
“Jadi tak salah untuk kita membuang bulu jika ia memudaratkan atau memberi masalah.
“Macam contoh jika di muka atau dahi kita ada bulu yang serabut atau tebal, ia sedikit sebanyak menyukarkan untuk kita sujud dengan betul ketika bersolat,” dedah Ardell.
Pada masa sama, sebagai wanita, soal kebersihan diri sememangnya perlu diutamakan.
“Ada bahagian tertentu contohnya seperti Miss V perlu dirapi dan dikemaskan. Contohnya kalau sudah berkahwin, semua itu dibuat untuk kebaikan saat bersama suami.
“Begitu juga di bahagian ketiak dan lain lain lagi. Tambahan pula dengan buat laser tanggal bulu ini ia tidak menyakitkan berbanding waxing.
“Perhatian utama di Hairy Mary pun lebih kepada menanggalkan bulu secara kekal dengan kesan efektif,” katanya lagi.
Sementara itu, Dr Por menambah, premis perniagaan mereka lebih memberi keutamaan kepada pelanggan wanita.
“Bagi golongan lelaki juga kami sediakan untuk merapi atau menanggalkan bulu di bahagian tertentu seperti muka atau jambang. Tetapi kalau untuk golongan perempuan kita tawarkan untuk seluruh badan.
“Kami sendiri mempunyai therapist di kalangan wanita. Jadi kami sendiri mahu melindungi mereka dan mengelak daripada perkara yang tak diingini,” kata Dr Por.
Hairy Mary diasaskan Dr Por Yan Sheng sejak 10 October 2018 dengan cawangan pertamanya di Subang Jaya, One City dan beliau juga merupakan pakar estetik yang memulakan kerjayanya sejak lima tahun dahulu.
Hairy Mary menggunakan teknologi THOR light laser yang berasas dari Korea, di mana ia menggabungkan sistem penyejukan yang mengurangkan kesakitan atau rasa tak selesa semasa rawatan dan sistem penyampaian yang lebih baik daripada IPL untuk ketepatan yang lebih tinggi supaya menghasilkan keberkesanan maksimum.
Pelakon Saharul Ridzwan mendedahkan perbualan mesej menerusi aplikasi Messenger di Facebook, bersama kekasihnya, Qaabila Deena Emir (yang kini sudah menjadi isterinya).
Perbualan itu difahamkan berlaku kira-kira tujuh tahun lalu apabila Saharul berterus terang dengan Deena untuk memperisterikan wanita terbabit.
“25/9/2012. Time ni aku memang nak mengorat dia. Nekad. Tapi dia jual mahal! Hahahaha. Scroll2 terjumpa balik conversation FB.
“Alhamdulillah, syukur Allah aturkan segala yang terbaik buat kami berdua. Betul lah kata abah @tokabah_hajihashim.
“PERKAHWINAN INI SATU BAHTERA DAN KITA (SUAMI) ADALAH NAKHODA KAPAL KITA. LURUS JALAN YANG DI TUJUI IAITU JALAN ALLAH SWT, MAKA LURUSLAH PERJALANAN DUNIAWI KITA”. Amin. Terim kasih abah,” tulisnya.
Malah, pelakon Terlanjur Mencintaimu 2 itu juga berjanji untuk menjadi ketua keluarga yang terbaik buat isteri dan anak-anaknya.
“Walau satu hari nanti saya diduga dengan kesushan, janji saya awak pada awak sayang, anak2, awak dan anak2 kita tidak akan kebulur tiada makanan dan tiada tempat berteduh dari hujan dan panas. Amin.
“Semoga Allah memperkenan doa saya yang bukan utk diri hambaMu ini tapi utk insan yang hambaMu sayang ini termasuklah umi, abah, mertua, keluarga kami dan semua keluarga Mohd Saharul Ridzwan bin Hashim dan seluruh umat islam ini. Amin Ya Karim,” doa Saharul lagi.
Pelakon popular era 90-an, Azah Aziz menerusi laman Instagramnya meluahkan rasa terhadap komen seorang individuyang mengkritik pertuturannya dalam Bahasa Inggeris meski lama bermastautin di luar negara.
Jelasnya, sedangkan masyarakat di Kanada memahami cara perbualan orang luar dan tiada keperluan baginya mengikuti slanga di sana. Malah dia tidak mahu dikatakan sebagai lupa diri.
“Kau ni tak de kerja yee..komen aku speaking berterabur ke tulis berterabur ke..aku berterabur pun kau kecam , aku speaking French kang kau kata aku berlagak,kang kau tak faham lakk.
“Aku speaking buat2 slang kang kau kata aku berlagak..aku duk oversea lama2 klu aku speaking berterabur pun kau kecam..aku org kg baru, aku tak berlagak cam org2 duk m’sia tu, acah2 slang speaking, tak reti cakap melayu..sodehhhh.
“Aku speaking ikut cara aku leer.. lantakkk..org2 canada faham pun,pasal kau nak sibuk.ramai org2 kat Canada speaking berterabur gakkk..cam Mexican,Indonesian, Italian, French, Korean, Japanese,Filipino ..semua klu speaking English berterabur gakkk.
“Kau tu jeer tak pernah gi oversea kut, konon duk m’sia kenalah speaking or write proper English keee…sodehhh hidup kau dikk.
“Bff aku @shieraijoy tu memang dia terror speaking, lepas blik London terus dia speaking London kan, tapi dia tak berlagak, .. kang aku nak ajar dia speaking french lakkk sebelum dia dtg sini,mesti berterabur kann. luv u n miss u shiera,” kongsinya.
Selebriti dan usahawan, Neelofa menyangkal dakwaan penglibatannya bersama suami, PU Riz dalam program realiti terbaharu, Mualim Muda bakal menjadi tumpuan utama berbanding para peserta yang bertanding.