Uncategorized

“Alhamdulillah Dah Lekat,”- Lama Berdoa, Akhirnya Nabil Ahmad Bakal Timang Cahaya Mata Ke-3

Share

Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad mengesahkan bakal menerima kedatangan ahli keluarga baru di dalam hidupnya apabila isterinya kini disahkan hamil.

Setelah memliki dua orang cahaya mata perempuan, Neara Mikayla dan Leyla Medyna, Nabil sudah pastinya gembira untuk menanti kehadiran cahaya mata ketiga itu.

“Alhamdulillah dah lekat,” tulisnya

Terdahulu, juara Raja Lawak musim ke-2 itu berkongsi sekeping gambar imbasan ultrasound di laman Instagram miliknya beserta kapsyen ‘Alhamdulillah dah lekat’.

Entri tersebut telah mendapat lebih daripada 130 ribu tanda suka dan dihujani 1.7 ribu komen ucapan tahniah buat pasangan tersebut.

Di kesempatan ini, MH ingin mengucapkan tahniah buat Nabil dan isteri. Semoga hasrat Nabil untuk menimang cahaya mata lelaki akan tercapai.

Foto: Instagram Nabil Ahmad

 

IKLAN