Ads

“Alhamdulillah, Boleh Senyumlah Tengok KWSP…,” – Dilabel Murahan & Gila Publisiti Sebab On Air Setiap Hari, Cik Piah Bidas Kenyataan Individu Ini

Pengacara dan penyampai radio, Feeya Iskandar tampil membidas kenyataan seorang individu yang mendakwa sudah naik jelak mendengar suaranya ke udara hampir setiap hari, termasuk ketika hujung minggu.

Malah, individu berkenaan turut melabelkannya sebagai murahan dan menghambakan duit.

Menurut Feeya atau lebih mesra disapa Cik Piah, sepanjang bergelar penyampai radio, dia tidak pernah mengejar populariti. Sebaliknya, dia sanggup bekerja keras demi memberikan keselesaan buat keluarga tercinta.

“Tak semua pengorbanan perlu difahami orang. Teruslah berkata-kata. Saya tahu apa yang terbaik untuk keluarga saya.

“Penat saya hari ni adalah untuk mereka. Saya memang kejar duit bukan kejar popular,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan oleh penyampai radio Suria FM tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Syukur Rezeki Tak Putus

Kata Cik Piah lagi, sepanjang lapan tahun bekerja bersama stesen radio berkenaan, dia bersyukur dengan segala rezeki yang telah dikecapinya.

Ads

“Alhamdulillah, Boleh Senyumlah Tengok KWSP…,” – Dilabel Murahan & Gila Publisiti Sebab On Air Setiap Hari, Cik Piah Bidas Kenyataan Individu Ini

“Alhamdulillah, boleh senyumlah tengok KWSP saya dekat lapan tahun di Suria FM,” ujarnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan peminat tampil memberikan kata-kata semangat selain menasihati Cik Piah agar mengabaikan komen-komen negatif.

Berikut antara komen yang ditinggalkan netizen;

Ads

“Hitamnya hati orang ini.”

“Paling layan segmen Cik Piah. Jangan mengalah. Terus buat yang terbaik.”

“Sabar Cik Piah. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.”

“Lah, bosan betul hidup dia ya sampai nak sibuk fasal hidup orang lain. Jangan layan beb. Fly high.”

Ads

“Pelik betul orang jenis macam ni. Mungkin dia nak jadi macam Cik Piah tapi tak kesampaian.”

“Alhamdulillah, Boleh Senyumlah Tengok KWSP…,” – Dilabel Murahan & Gila Publisiti Sebab On Air Setiap Hari, Cik Piah Bidas Kenyataan Individu Ini

Sekadar informasi, Cik Piah memulakan kerjaya sebagai penyampai radio di Suria FM pada tahun 2018.

Kini, dia mengendalikan segmen Vibe Suria setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Feeya Iskandar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Anak Bunga Citra Lestari Sertai Youth Fuel Global Winter Camp Di...

Anak kepada penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), Noah Sinclair, kini mengikuti program jangka pendek Youth Fuel Global Winter Camp yang...
error: Hello. Cannot.