
Tahniah diucapkan kepada pelakon, Datin Atikah Suhaime yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya.
Berita gembira itu dimaklumkan Atikah menerusi hantaran terbaharu di Instagram, pada Sabtu.
Menerusi perkongsian itu, Atikah menyatakan rasa syukur selain berkongsikan nama puteri sulung.
“Alhamdulillah, anak mami yang cantik, Lyla Mulan Teh,” tulisnya ringkas pada kapsyen.
Hantaran itu juga disertakan dengan foto Atikah sedang memeluk anaknya sambil tersenyum.
Serentak dengan perkongsian itu, rata-rata rakan selebriti dan peminat turut sama mengucapkan tahniah du ruang komen.
Sekadar informasi, Atikah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh, 35, dengan sekali lafaz pada 21 Januari 2024.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini