Jenama fesyen ternama tanah air, Rizman Ruzaini, terus memperkukuh posisi dalam industri fesyen tempatan dan antarabangsa dengan pelancaran butik flagship pertama RR by Rizman Ruzaini di Suria KLCC, pusat beli-belah mewah ikonik negara.

Pembukaan butik ini bukan sekadar peluasan empayar, sebaliknya menjadi penanda aras baharu perjalanan 20 tahun duo pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil ini dalam memperkasa jenama “affordable luxury” buatan Malaysia.

Menurut Rizman Nordin, butik KLCC yang dilancarkan ini cukup istimewa kerana menjadi simbol kematangan dan keutuhan jenama RR.

“Butik ini ialah flagship store sebenar kami selepas pembukaan pop-up store di Pavilion sebelum ini. Kami mahu mewujudkan ruang yang benar-benar mencerminkan identiti RR by Rizman Ruzaini iaitu segar, moden, dan mampu milik, namun tetap mewah,” ujar Rizman.

Rizman menambah, pencapaian ini melambangkan perjalanan penuh cabaran mereka selama dua dekad dalam industri fesyen.

“Alhamdulillah, selepas 20 tahun bergelar pereka dan usahawan, akhirnya impian kami untuk memiliki butik di KLCC tercapai. Ia bukan perjalanan yang mudah dan penuh dengan turun naik.

“Namun dengan usaha gigih, visi yang jelas dan sokongan pelanggan, kami berjaya sampai ke tahap ini, syukur,” katanya.

Ads

“Alhamdulillah Akhirnya Impian Kami Tercapai,” – Rizman Ruzaini Rai Profil Gemilang Buka Butik Mewah di KLCC, Bukti 20 Tahun Kejayaan “Alhamdulillah Akhirnya Impian Kami Tercapai,” – Rizman Ruzaini Rai Profil Gemilang Buka Butik Mewah di KLCC, Bukti 20 Tahun Kejayaan “Alhamdulillah Akhirnya Impian Kami Tercapai,” – Rizman Ruzaini Rai Profil Gemilang Buka Butik Mewah di KLCC, Bukti 20 Tahun Kejayaan “Alhamdulillah Akhirnya Impian Kami Tercapai,” – Rizman Ruzaini Rai Profil Gemilang Buka Butik Mewah di KLCC, Bukti 20 Tahun Kejayaan “Alhamdulillah Akhirnya Impian Kami Tercapai,” – Rizman Ruzaini Rai Profil Gemilang Buka Butik Mewah di KLCC, Bukti 20 Tahun Kejayaan

Visi Ke Arah Kelas Dunia

Rizman turut menjelaskan, butik di KLCC ini akan memberi fokus sepenuhnya kepada RR by Rizman Ruzaini, berbeza dengan butik mereka di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur yang berfungsi sebagai Maison merangkumi pelbagai segmen seperti Couture, Bridal, dan Ready-to-Wear.

“Butik di KLCC ini khusus untuk jenama RR by Rizman Ruzaini iaitu jenama kedua kami yang berkonsepkan ‘affordable luxury’. Kami mahu pelanggan menikmati pengalaman membeli-belah eksklusif, tetapi dengan harga yang masih berpatutan dan kualiti yang tinggi,” jelasnya.

Selain menumpukan rekaan elegan dan kontemporari, pembukaan butik ini turut menyokong strategi jangka panjang ke arah perniagaan mampan.

“Kami belajar daripada jenama antarabangsa seperti Zara dan jenama tempatan seperti Bonia serta Padini tentang pentingnya model perniagaan yang kukuh dan versatil.

Ads

“Kami mahu RR by Rizman Ruzaini menjadi jenama tempatan yang berdiri sama tinggi dengan nama besar dunia,” tambah Rizman.

Dalam memperkukuh pasaran serantau, RR by Rizman Ruzaini juga menjalinkan kerjasama strategik dengan Modernity Group dari Indonesia.

“Kerjasama ini membuka peluang untuk kami berkembang ke pasaran serantau secara lebih tersusun. Ia juga membantu kami membina sistem operasi berstruktur dan selaras dengan piawaian global,” katanya.

Penuhi Standard Kualiti

Dari segi harga dan sasaran pelanggan pula, Rizman mengakui RR kini melalui proses pembaharuan bagi memastikan setiap koleksi menepati standard kualiti antarabangsa.

Ads

“Harga mungkin sedikit meningkat berbanding sebelum ini, tetapi kualitinya juga jauh lebih baik. Pelanggan kami memahami nilai itu,” katanya.

Dengan gaya yang feminin, sofistikated dan kontemporari, RR by Rizman Ruzaini mensasarkan wanita moden berkerjaya yang menjadikan fesyen sebagai sebahagian daripada gaya hidup.

Ternyata dengan pembukaan butik RR by Rizman Ruzaini di Suria KLCC ini dijangka menjadi satu lagi mercu tanda penting dalam landskap fesyen Malaysia.

Ia sekaligus menyerlahkan simbol keanggunan, ketekunan dan evolusi jenama tempatan ke arah kelas dunia.

Di dalam acara pembukaan yang berlangsung malam tadi itu, turut hadir bagi meraikan momen istimewa ini termasuk rakan bisnes, selebriti dan pelanggan setia mereka.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads