
Isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril menitipkan rasa syukur menerusi Insta Stories, malam tadi.
Hantaran tersebut seolah-olah memberi bayangan bahawa isu rumah tangga mereka kembali pulih selepas berdepan konflik baru-baru ini.
“Alhamdulilah! Forgive and forget (memaafkan dan melupakan),” tulisnya.
Malah, Nur Syazwani turut berkongsi semula foto mereka sekeluarga selepas ia dimuat naik terlebih dahulu oleh pemain Selangor FC itu.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu juga mendoakan yang baik-baik selain menggambarkan kehidupan terkini mereka seperti pasangan pengantin baharu.
“May Allah protect our marriage till Jannah! (semoga Allah pelihara perkahwinan kita sehingga ke Jannah).
“Love you (cinta kamu) Faisal Halim, rasa macam baru kahwin semalam,” kongsinya disusuli dengan emoji.

Pernah Failkan Perceraian
Terdahulu, media melaporkan bahawa Nur Syazwani telah memfailkan perceraian terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.
Perkara itu turut disahkan oleh peguam mewakili Nur Syazwani, Roshdan Sujak Rafie, yang memaklumkan mahkamah menetapkan 16 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes perceraian pasangan terbabit.
Nur Syazwani juga sebelum ini pernah meluahkan hal berkaitan dengan kisah rumah tangganya menerusi Insta Stories.
Sebagai informasi, Faisal yang juga dikenali sebagai Mickey berkahwin dengan Nur Syazwani pada 9 Mac 2019.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalish Aryan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




