Alamak…Video Bella Dally Buat Tik Tok Dapat Kecaman Netizen

Trend para selebriti tempatan memuat naik video menerusi Tiktok seterusnya memuat naik di laman Instagram mereka.

Antara selebriti yang sering melakukannya seperti Wawa Zainal, Janna Nick, Alvin Chong dan ramai lagi.

Terbaru, Bella Dally turut sama ‘terjebak’ apabila muat naik video dirinya sedang ber’tiktok’ dan muat naik di IG.

“Jumping on the bandwagon. #Syantiksyantik,”tulisnya

 

Jumping on the bandwagon! ? #syantiksyantik

A post shared by Bella Dally (@belladally) on

IKLAN

Memang comel aksi Bella tetapi apa yang tak sedapnya, ada netizen yang melahirkan rasa kurang senang melihat videonya berkenaan.

Bagaimanapun, menerusi pemerhatian MH, ramai juga yang menyukai video tersebut. Ada juga yang seronok melihat ‘kegembiraan’ di wajah Bella selepas berpisah dengan Nazim Othman.

IKLAN

Pada MH, mungkin Bella sekadar ingin berkongsi video tersebut dengan peminatnya jadi tak perlulah kita mengandaikan yang bukan-bukan kan?

Foto:Instagram Bella Dally