Ads

Alahai…Demi Lovato Kembali Sedar Setelah ‘Overdose’

Pelakon dan penyanyi, Demi Lovato dikejarkan ke hospital semalam berikutan dipercayai kerana ‘overdose’ dadah.

Bagaimanapun, wakil penyanyi lagu Stone Cold itu memberitahu media bahawa dia sudah sedarkan diri dan kini bersama dengan ahli keluarganya.

“Demi kini sudah sedar dan berada di samping keluarganya dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberikan sokongan kepadanya.

“Ada info yang tersebar adalah tidak tepat dan keluarga Demi meminta agar orang ramai memberikan privasi dan tidak membuat spekulasi mengenai perkara ini.

“Apa yang penting sekarang adalah kesihatan dan doakan semoga dia cepat sembuh,” kata wakil itu.

E New! melaporkan bahawa ibu Demi, Diana De La Garza dan adiknya, Madison De La Garza berkejar ke Cedar-Sinai Medical Center di Los Angeles setelah pelakon Camp Rock itu dibawa ke sana melalui ambulans.

Ads

Alahai…Demi Lovato Kembali Sedar Setelah ‘Overdose’

Dia juga dipercayai overdose dadah jenis Narcan namun keadaannya dilaporkan stabil.

Ads

Aktress itu juga sebelum ini berdepan dengan masalah ketagihan hingga membuatkan dia memasuki pusat pemulihan satu ketika dahulu namun keadaan mula stabil beberapa tahun ini hinggalah insiden ini berlaku.

Ads

Foto: Instagram Demi Lovato

Sumber: E! News

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Hadiah Persahabatan Bertahun Lamanya, Rizman Ruzaini Reka Busana Biru Istimewa, Khas...

Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira. Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...
error: Hello. Cannot.