Uncategorized

Alahai Comelnya Aqeef Anaqi, Akhirnya Amyra Kongsi Gambar

Share

Wah nampaknya lewat malam ni Amyra Rosli telah membuat ramai pengikutnya teruja apabila dia telah muat naik sebuah video yang memaparkan wajah penuh anaknya!

Melalui Insta Stories yang dikongsinya Aqeef kelihatan sungguh comel dengan baju ala-ala beruang dan nyenyak tidur sambil didukung oleh ibunya.

Walaubagaimanapun, apabila MH mengintai Instagram milik Aqeef, mereka masih belum muat naik wajah penuh anaknya itu.

Terdahulu Amyra dan suaminya Amar Baharin telah membuat ramai netizen teruja dengan memberitahu nama penuh anaknya Aqeef Anaqi melalui instagram.

Malah, pasangan ini turut mempromosikan rancangan TV yang bakal memaparkan perkembangan terkini anaknya dan ramai memahami mengapa mereka berdua merahsiakan wajah dan nama anak mereka.

MH tahu pasti ramai yang terlalu teruja dan tidak sabar untuk melihat wajah anak selebriti ini sehingga ada yang mula ‘geram’ kerana tidak dapat melihat wajah anaknya.

Dengan perkongsian Amyra ini, MH harap kepada semua yang terlalu teruja menanti perkembangan Aqeef Anaqi dapat menarik nafas lega sedikit kerana akhirnya Amyra terbuka untuk berkongsi secara terbuka.

 

IKLAN