Uncategorized

‘Alaaa Kenapa Comel Sangat Ni!’ – Peminat Terhibur Tonton Panama Dance Challenge Sari Yanti

Share

Nampaknya trend menyahut cabaran tarian ‘Panama Dance’ masih lagi mendapat perhatian daripada masyarakat di negara kita.

Kalau sebelum ini MH ada berkongsi beberapa video para selebriti yang melakukan Panama Dance Challenge ini tapi kali ini MH nak berkongsi dengan korang seorang lagi selebriti yang menyahut cabaran tarian ini.

Baru-baru ini MH ada terlihat pelakon cantik yang sedang hamil, Sari Yanti telah berkongsi video Panama Dance Challenge di Instagramnnya.

Menurut kapsyen Sari, dia sendiri sebenarnya tidak tahu tentang Panama Dance ini sedang viral di negara kita dan ketika diminta menari, dia hanya mengikut sahaja arahan daripada jurufoto.

Mesti korang tak sabar nak tengok kan? Jom MH belanja korang video Panama Dance Challenge dari Sari Yanti.

Alahai comelnya Sari buat Panama Dance Challenge. Lagi-lagi pada bahagian hujung video itu Sari sebenarnya sedikit ‘blur’ dengan apa yang dilakukan. Aduh lucu betul lah Sari ni!

Bukan MH sahaja yang merasakan Sari Yanti kelihatan comel malah peminat dan pengikutnya di Instagram juga rata-ratanya meninggalkan komen terhibur melihat aksi comel artis pujaan mereka ini.

stellabunga_: Eee gerammnyaa. Comel sangat @sariyanti

cerita_duit_lama: Alahaiiii kiutnyaa seri ibu mengandung ni

nisha21_: Hahaha ! Alaaa kenapa comel sangat ni @sariyanti ????

Apapun MH difahamkan Sari kini sedang hamil tujuh bulan dan mungkin disebabkan sudah sarat hamil dia hanya mampu melakukan Panama Dance dalam keadaan duduk. Walaupun menari duduk tapi Sari tetap comel!

Dikesempatan ini juga, MH mendoakan agar segala urusan Sari menuju hari kelahiran dipermudahkan dan Sari serta bayi dalam kandungan sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

Sumber: Instagram Sari Yanti

IKLAN