Uncategorized

“Al-Fatihah Buat Anak Syurga Ni”- Antara Luahan Selebriti Terhadap Tragedi Adam Rayqal

Share

Tragedi melibatkan bayi berusia 3 bulan yang ditemui mati di dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya sememangnya amat menyayat hati.

Bukan sahaja ia tidak berperikemanusiaan malah pemergian Adam Rayqal Mohd Sufi itu juga menyedihkan apabila laporan autopsi menunjukkan sebab kematian berpunca dipercayai daripada ‘hentakan kuat di kepala menggunakan objek tumpul’.

Susulan itu, MH lihat ramai rakan selebriti khususnya para ibu yang melahirkan rasa simpati terhadap ibu bapa Adam Rayqal.

“Ya ALLAH SWT, terlalu berat hari ini macam-macam dalam fikiran, Manusia semakin extreme semakin hilang pertimbangan.

“Bagai pecah dada membayangkan sesuatu yang sukar dibayangkan. Semoga dipermudahkan urusan kita semua. Semoga ALLAH SWT lindungi anakandaku Arsalan. Sayangku dunia akhirat,” tulis Jihan Muse.

Selain Jihan, isteri pelakon, Adi Putra, Aida Yusof turut sama memberikan ucapan takziah di atas pemergian anak syurga itu.

“Heartbreaking. May Allah ease your pain and may He give you His strength for you to endure such a test. For indeed only He knows best. Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un,” tulisnya.

Selain Aida, isteri pelawak, Achey, Nor Hasanah Yahaya atau Anne juga berbuat perkara yang sama.

“Al-Fatihah buat anak syurga ini,” tulisnya.

Bagi penyanyi, Lufya pula…dia menyifatkan perbuatan itu sangat kejam.

“Kejamnya manusia zaman sekarang ni.. Setiap manusia buat kesalahan. Kalau terjatuh tanpa sengaja atau tersedak susu budak tu sampai menyebabkan kematian, si bayi selayaknya di mandikan dan dikafankan serta dikuburkan bukan masuk dalam peti ais engkau!

“Maaf agak kasar sebab tak boleh nak tidur memikirkan pengasuh yang tidak berperikemanusiaan ni!

“Terkapar-kapar ibu bapa si bayi mencari anaknya yang dikatakan diculik oleh pengasuhnya. Apa hukuman yang setimpal untuk orang tak berhati perut ni!??

“Ya Allah lindungila semua anak2 yang tidak berdosa ini dan temukanlah Ibu bapa anak ini bersama anaknya di Syurga FirdausMu ya Allah,” tulisnya.

Selain selebriti, instafamous, Nurhayati Tahir juga turut mengecam tindakan individu tersebut.

“Kalau mental tak kuat, jangan jadi pengasuh, pergilah kerja cuci pinggan sekurang-kurangnya pinggan je awak pecahkan bukan nyawa anak orang jadi mangsa. Macam-macamlah,” tulisnya.

Alahai, berat mata memandang berat lagi bahu memikul kan? Kita sama-sama doakan semoga ibu bapa Adam Rayqal kekal tabah menghadapi dugaan ini.

Foto: Instagram

IKLAN