Bapa pelakon, Miera Liyana iaitu Datuk Seri Kasmi Mat Arsat meninggal dunia di kediamannya kira-kira jam 11.06 malam tadi.
Memetik Harian Metro, Miera memaklumkan jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, sekitar jam 10 pagi ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
“Saya dengan penuh insaf rendah diri dan dukacita memaklumkan bahawa ayahanda kami telah kembali ke rahmatullah. Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir di kediaman beliau pada 11.06 malam.
Ads
“Sehubungan dengan itu, pihak waris dan keluarga menetapkan pengurusan jenazah di Masjid At-Taqwa dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas selesainya solat jenazah.
Ads
“Akhir sekali saya mewakili keluarga Allahyarham ingin menyampaikan permohonan maaf zahir batin dan mohon halal atas segala salah silap serta keterlanjuran kata serta perbuatan jika ada kepada semua yang mengenali sepanjang hidupnya.
Ads
“Mohon doakan agar segala dosanya diampunkan dan bakal ditempatkan bersama orang-orang yang soleh di alam barzakh dan di akhirat nanti Insya-Allah,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Datin Seri Rosmah Mansor didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan yang munasabah diakhir kes pembelaannya.
Bagi pertuduhan pertama, Rosmah didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri RM187.5 juta, yang dibuat melalui bekas pembantu peribadinya, Datuk Rizal Mansor, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin.
Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Memetik Sinar Harian, Rosmah, 71, didakwa melakukan perbuatan itu di Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini antara Mac dan April 2016.
Bagi pertuduhan kedua, Rosmah didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Saidi sebagai upah membantu Jejak Holdings mendapatkan projek itu di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, pada 7 September 2017.
Pada 10 April 2019, Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek serupa pada 20 Disember 2016.
Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber/Foto: Sinar Harian/Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Demikian kata penyanyi, Jaclyn Victor yang tidak menafikan ada ketika dia mengalami masalah tersebut susulan timbul ramalan awal netizen yang menebak dia bakal menyertai Gegar Vaganza (GV) musim terbaru.
Menurut Jac, situasi tersebut berlaku kerana dia tidak berpeluang untuk berkongsi mengenai perkara itu atas alasan tersendiri.
“Sebabnya, bila kita tidak boleh bercakap mengenai perkara ini pada peringkat awal. Nama peserta hanya akan diumumkan secara rasmi pada sidang media.
“Dari situ saya agak tertekan. Cuma ia bukanlah sesuatu yang tidak baik. Saya terpaksa menidakkan perkara tersebut kerana ia masih baru untuk dikongsikan kepada umum. Selebihnya saya okay sahaja,” katanya.
Jac ditemui sejurus Sidang Media Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang berlangsung di Megaview Banquet Hall, Menara KL, pada Selasa.
Jac, 43, turut mendedahkan, dia terbuka untuk menyertai program nyanyian tahunan itu kerana perubahan konsep yang diterangkan secara jelas.
“Beberapa bulan sebelum ini, saya ada mendengar mengenai pelawan berkenaan, tapi saya tidak mahu dan tak terlalu memikirkan mengenainya.
“Bagaimanapun ketika menjalani penggambaran untuk sebuah program, pelawaan tersebut saya terima lagi dan masih lagi ragu-ragu.
“Kemudian bila bercakap dengan yang arif dan saya diterangkan secara terperinci mengenai konsep pertandingan realiti ini, saya jelas.
“Kalau dulu, ada yang tahu ia difokuskan kepada artis yang lama tak aktif, tak keluar lagu baharu dan sebagainya. Namun ia sudah berubah.
“Jadi bila mengetahui ia menjadi medan untuk penyanyi lakukan apa yang kita mahu, kenapa tidak ambil peluang itu? Daripada situ saya mula memikirkan mengenai hal ini dan betul juga, di mana lagi platform yang boleh kita persembahkan apa yang kita nak buat.
“Sebab kebiasaannya kalau program televisyen lain misalnya, kita sudah diberikan ketetapan untuk menyanyi lagu yang bagaimana,” katanya lagi.
Seramai 13 penyanyi bakal menjadi pertaruhan edisi kali ini yang terdiri daripada enam penyanyi solo lelaki, enam penyanyi solo wanita dan satu penyertaan berkumpulan.
Selain Jac, lima bintang solo wanita yang memberi saingan kali ini ialah Dina Nadzir, Pat Candy, Tom, Haida Hasnan dan Shila Amzah.
Sementara itu, senarai penyanyi solo lelaki yang turut menyahut cabaran musim ini ialah Roy Kapilla, Fuad Rahman, Hazrul Nizam, Bob Yusof, Tomok dan Asheed.
Bagi penyanyi berkumpulan pula diwakili oleh VE yang dianggotai oleh Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim.
Konsert mingguan GV9 akan mula bersiaran secara langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam selama 10 minggu pada setiap Ahad, pukul 9 malam bermula 18 September ini dan dipancarkan secara eksklusif menerusi Astro Ria.
Juara GV9 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan penyampai radio, Feeya Iskandar mendedahkan dia sebenarnya sudah lali dengan kecaman yang dilemparkan kepada oleh sesetengah pihak terhadap dirinya di platform media sosial.
Menurut Feeya atau lebih mesra disapa Cik Piah, meskipun ada yang menggelarkan dirinya sebaga ‘Dj syok sendiri’, namun dia tak mahu perkara tersebut mematahkan semangatnya untuk terus berkembang sebagai seorang penyampai radio yang baik.
“Ada orang dm Cik Piah, dia kata dekat Facebook Harian Metro ada orang kutuk Cik Piah.
“Kutuk lah nak kutuk, nak cakap Dj syok sendiri ke terpulang. Hidup kalau asyik nak pikir pasal orang kata pasal kita memang sampai ke mati pun tak ke mana,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyampai radio, Suria FM itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada Rabu.
Katanya lagi, sekiranya dia memikirkan apa yang diperkatakan oleh orang lain, tidak mungkin kerjayanya akan bertahan sehingga ke hari ini.
Pada masa sama, Cik Piah memberitahu, dia tidak akan mengubah personalitinya itu dan lebih selesa menjadi diri sendiri.
“Yang penting teruskan sahaja jalankan tugas dengan jujur amanah, ikhlas dan TAK FAKE,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Cik Piah untuk mengendahkan sahaja komen-komen bersifat negatif itu.
“Siapa yang syok sendiri? Saya dengar Suria FM sebab akak je tau. Kelakar apa.
“Alaa, ada yang jealous la tu. Abaikan sahaja. Kami suka Cik Piah.
“Abaikan je manusia toksik ni Cik Piah. Kami happy dan terhibur je dengar celoteh Cik Piah. Semoga terus sukses.
“Biar satu yang mengata, beribu lagi yang menyokong Cik Piah.
“Telinga dia yang tak okay tu Cik Piah. Kita dengar okay je,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini merupakan salah seorang penyampai radio Suria FM yang mengendalikan segmen Gaya Suria bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Feeya Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...