Categories: Uncategorized

Rumah Tangga Terlerai Selepas 7 Tahun & Kini Jadi Ibu Tunggal Beranak Dua, Ini Luahan Betty Benafe

Share

Pelakon Betty Banafe telah memaklumkan bahawa rumah tangga dia bersama suami, Bruce Dargus sudah pun berakhir.

Pasangan tersebut disahkan bercerai pada 10 Julai lalu.

Berkongsi mengenai kes tersebut, ibu kepada orang cahaya mata untuk mendapatkan penjelasan daripadanya.

“Apa-apa pun perkara ni dah berlaku terlalu lama di antara kami.

“Saya rasa ini ada keputusan yang terbaik untuk kami berdua untuk mencari kebahagiaan masing-masing yang boleh membuatkan kita bahagia.

“Cuma tiada jodoh antara kita dan perkahwinan tersebut tak dapat untuk diselamatkan sebab saya percaya setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini Allah jadikan berpasangan,” katanya.

Pada masa sama, Betty turut menjelaskan komunikasi adalah amat penting dalam rumah tangga.

“Dan pasangan kita tu Allah yang tentukan yang paling penting pasangan kita tu yang membuatkan kita menjadi manusia jauh lebih baik dari sebelumnya dan sepatutnya itu yang berlaku.

“Sebab tu dalam Islam mengalakkan komunikasi terbuka antara suami dan isteri dan saling hormat-menghormati.

“Jika tiada kerjasama dalam hubungan suami isteri rumah tangga itu akan goyang dan apabila hubungan itu tidak kuat dari segi perkara yang diwajibkan untuk lelaki memastikan perempuan itu yang seharusnya mendapat nafkah batin dan zahir maka runtuhlah rumah tangga itu.

“Ini pengajaran untuk diri kita semua menjadi manusia yang lebih baik sebelumnya.

“Aku terima takdir ini dan aku ingin menjadi yang lebih baik dari sebelum ini,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, pasangan ini telah sah bergelar suami isteri pada 8 Disember 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Foto : Instagram Betty Benafe (terima kasih Majalah Nona)

IKLAN