Seperi yang kita semua tahu baru-baru ini Izreen ada muat naik gambar mesra bersama suaminya, Ude di Instagram.

Nampaknya ramai yang tidak selesa dengan gambar tersebut.

Baru sahaja reda kemarahan orang ramai atas kenyataan Ude dan roti telor move on yang dimuat naik di Instagram, pasangan dua hati sejoli ini menjadi mangsa tomahan orang ramai sekali lagi kerana dikatakan dengan sengaja mahu menunjuk kebahagiaan.

Gambar tersebut telah menimbulkan pelbagai kontroversi dan menjadi topik menarik sewaktu ia dimuat naik.

Ingatkan kalangan peminat sahaja yang masih tidak boleh move on dengan kisah mereka, rupa-rupanya gambar ini turut mendapat perhatian dikalangan selebriti terutamanya Zarina Anjoulie!

IKLAN

Di Instagram Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju memberitahu dirinya sangat membuat-buak apabila melihat gambar tersebut.

Tidak terhenti di situ, Zarina turut memberitahu ingin menampar suami kepada pelakon tersebut.

IKLAN

Keluhan itu berlarutan sehingga ke posting seterusnya dan Zarina berkata dia hanya ingin berkongsi apa yang dirinya rasakan.

Zarina turut menjelaskan dia bukanlah memihak kepada sesiapa tetapi bayangkan jika perkara ini terjadi pada ahli keluarga sendiri.

Malah, Zarina berkata dia tidak menerima sebarang duit mahupun ‘menjilat’ sesiapa sebaliknya sudah tidak tahan dengan individu-individu yang suka menikam kawan-kawan sendiri.

IKLAN

Nampaknya ramai yang bersetuju dengan kata-kata Zarina dan menganggap Izreen tiadak seharusnya memuat naik gambar sebegini dalam masa terdekat sebagai langkah menghormati bekas isteri yang masih dalam kesedihan.

‘Aku Rasa Nak Lempang Taik Lalat Tu!’ Zarina Anjoulie Berang Tengok Gambar Mesra Izreen & Suami ‘Aku Rasa Nak Lempang Taik Lalat Tu!’ Zarina Anjoulie Berang Tengok Gambar Mesra Izreen & Suami ‘Aku Rasa Nak Lempang Taik Lalat Tu!’ Zarina Anjoulie Berang Tengok Gambar Mesra Izreen & Suami ‘Aku Rasa Nak Lempang Taik Lalat Tu!’ Zarina Anjoulie Berang Tengok Gambar Mesra Izreen & Suami ‘Aku Rasa Nak Lempang Taik Lalat Tu!’ Zarina Anjoulie Berang Tengok Gambar Mesra Izreen & Suami ‘Aku Rasa Nak Lempang Taik Lalat Tu!’ Zarina Anjoulie Berang Tengok Gambar Mesra Izreen & Suami

Aduh mengeletar pula MH baca komen-komen netizen di gambar ini nampak benar ramai yang masih terasa dan marah dengan tindakan Ude yang telah menceraikan isteri pertamanya. Tak pasal-pasal Izreen pun terkena tempias dan menjadi mangsa tuduhan utama dalam perkara ini walaupun sehingga kini kita sendiri tidak tahu apa kisah sebenar serta kemelut yang timbul antara merek.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI