Uncategorized

‘Aku Nak Nangis Bila Tengok Benda Ni’ – Netizen Bangga Artis K-Pop Cover Lagu Gemilang, Jaclyn Victor

Share

MH pasti kita sebagai rakyat Malaysia akan berasa bangga apabila nama negara kita dijulang oleh negara-negara lain.

Kali ini MH juga turut berbangga apabila lagu Gemilang yang pernah dipopularkan oleh penyanyi terkenal, Jaclyn Victor dinyanyikan semula oleh artis Korea iaitu kumpulan IN2IT.

Ok mesti ramai yang tak sabarkan nak dengar cover version lagu Gemilang daripada artis K-Pop ini. Jom tengok video ini.

Wah tak sangka lagu Gemilang boleh menarik perhatian mereka untuk dinyanyikan semula. Sebutan bahasa Melayu mereka dalam lagu ini juga tidak kurang hebatnya dan nyanyian mereka kedengaran sungguh sedap sekali.

Rata-rata rakyat Malaysia yang menonton video ini memuji nyanyian mereka dan ada juga yang turut berbangga apabila lagu di negara kita dinyanyikan semula oleh artis luar negara.

i don’t need a name: sangat rare bila korean group nyanyi lagu malaysia..isaac thank you so much for making our country proud.

norlela jaafar: Thank you isaac oppa for promoting our gemilang song to korea?

Hey Adilah: Salah tak kalau aku cakap aku nak ngis bila tengok bende ni ? Bangga kot orang cover lagu Malaysia . Thanks Isaac !

hidayah sabtu: Their pronounciation! Really good for those who didnt speak or read malay! Great job IN2IT

Fearleςς_ ζτΛЯ1: I’m crying while watching this masterpiece ?? IN2IT fighting!! <3 from Malaysia

Untuk info, salah seorang daripada ahli kumpulan IN2IT, Isaac merupakan warganergara Malaysia dan berasal daripada Sabah.

Sebab Itulah ramai yang mengucapkan terima kasih kepada Isaac kerana memperkenalkan lagu Malaysia di Korea dan secara tidak langsung menaikkan nama Malaysia dalam industri seni antarabangsa.

Sumber: Youtube

IKLAN