Industri hiburan tanah air dikejutkan berita pemergian seorang anak seni, Sandra Dianne yang dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat pagi di Hospital Putrajaya awal pagi ini.
Menerusi segmen Geng Pagi Hot bersama Shuk, Shuib dan Fizi di radio Hot FM, mereka sempat merakamkan perbualan bersama penyanyi Sufie Rashid.
Difahamkan, Sufie merupakan penyanyi yang terakhir berduet bersama arwah Sandra di pentas Big Stage 2020, dua minggu lalu.
Menurut penyanyi kelahiran kota Singapura ini, dia tidak pernah menyangka rakan artisnya itu akan meninggalkan dirinya untuk selamanya.
“Bila Sufie ingatkan balik masa rehearsal dengan Sandra dia asyik pakai putih, semua serba putih daripada atas sampai bawah semua putih.
“Tapi masa tu saya tak ada lah terfikir apa-apa. Cuma saya macam pelik sebab diri dia macam sangat bercahaya, dan dia pun sangat ceria.
“Dia ada pesan kat orang tak tahu lagi bila nak jumpa, tapi jaga diri elok-elok. Saya tak terfikir pun dan bila dah terjadi dia meninggalkan kita, saya rasa macam tak sangka itu merupakan kali terakhir kita jumpa sahabat kita,” katanya.
Terdahulu, arwah Sandra dilaporkan koma selepas terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika dalam perjalanan menuju ke Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani latihan penuh konsert minggu keempat Big Stage 2020, Sabtu lalu.
Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein mendedahkan dia dan suami, Mohamad Azlan Che Nuh tidak mahu terburu-buru atau terlalu meletakkan harapan tinggi dalam soal cahaya mata.
Ini kerana, pelakon Kampung People ini mengakui percaya akan perancangan Allah yang sudah tertulis untuknya sekeluarga.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi bagaimanapun akan berkongsi berita gembira kepada semua andai dikurniakan rezeki untuk hamil lagi selepas ini.
“Saya ikut kata orang tua… kalau baru atau belum apa-apa, tak perlu kongsi lagi. Insya-Allah kalau sampai masa, ada berita gembira sudah tentu saya akan kongsi dengan semua orang.
“Sebenarnya kalau kita terlalu mengharap, mungkin susah nak dapat. Jadi, kita santai saja sebab Allah akan susun baik untuk kita nanti.
“Yang penting, jangan terlalu fikir sebab kalau fikir akan tertekan,” jelas bintang berusia 39 tahun itu.
Pada masa sama, Elly memilih untuk tidak terlalu memikirkan soal tersebut dan berserah pada Yang Maha Kuasa.
“Kita ikut apa yang Allah dah susun sebab Allah sebaik-baik perancang. Tak apa, kita berserah kepada Allah, berusaha dan jalani kehidupan macam biasa serta jangan stress.
“Insya-Allah akan ada. Cuma cepat atau lambat,” katanya lagi.
Terdahulu, Elly ditemui ketika sidang media selepas konsert tribute #SandraDalamKenangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam, Ahad.
Elly mendirikan rumah tangga dengan Azlan yang juga merupakan seorang guru pada 18 Januari lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Penyanyi Merry Go Round ini turut mempunyai seorang anak perempuan bernama Putri Sara Sefhia yang kini berusia empat tahun hasil daripada perkahwinan pertamanya dengan pengarah drama, Azmi Hatta.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menarik kali ini, MH bariskan 10 antara selebriti wanita kita yang sejuk mata memandang, cantik menawan.
Meski sentiasa tampil anggun mempersona, namun jodoh mereka masih belum sampai untk berkahwin, walau ada yang sudah mengakui sudah pun mempunyai teman istimewa.
Apa pun, sama-sama doakan mereka semoga cepat sampai jodoh seterusnya mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan masing-masing.
Sering dikaitkan dengan beberapa lelaki terkenal di negara ini, hos dan ahli perniagaan berjaya, Neelofa sering kali ditanya mengenai persoalan jodoh.
Meminta ramai agar mendoakan yang terbaik untuknya, Neelofa menerusi MH sebelum ini ada menjelaskan terdapat banyak spekulasi mengenai perkara tersebut.
Neelofa yang kini berusia 31 tahun bagaimanpun mengakui akan berkongsi khabar gembira kepada semua andai sedang menjadi hubungan istimewa dengan seseorang selepas ini.
Kakak kepada pelakon Ruhainies, Risteena juga sering mendapat perhatian ramai dek kisah cintanya yang cukup manis untuk dikongsi.
Kemesraan yang tampilkan bersama tunang, pelakon Isa Khan di media sosial menjadikan pasangan sama cantik sama padan ini sebagai antara pasangan selebriti yang secocok bersama.
Difahamkan, pasangan ini sedang mencari tarikh sesuai untuk melangsungkan perkahwinan selepas keduanya bertunang pada 23 November tahun lalu.
Selain ramai yang bercakap mengenai bakat nyanyiannya yang bukan calang-calang, penyanyi asal Sarawak ini juga sering kali diajukan persoalan mengenai peneman hidup.
Mengakui dirinya terbuka untuk menerima seseorang yang istimewa, namun ruang lingkup sisi cintanya setakat ini dicurahkan menerusi naskah seni.
Selagi tidak mendirikan rumah tangga, agaknya selagi itulah ramai yang bertanya mengenai siapakah lelaki bertuah yang bakal menjadi teman hidup pelakon dan penyanyi cantik ini.
Fathia, 33, kini difahamkan lebih selesa menjalani kehidupan secara solo seterusnya memberi tumpuan penuh dalam kerjaya seni.
Penyanyi dan aktivis yang dicungkil bakatnya menerusi program Akademi Fantasia musim ke-5, Heliza Helmi juga tidak terlepas daripada diajukan mengenai soal jodoh.
Meniti usia 34 tahun, bintang asal Terengganu ini telah kelihatan gembira dan comel sentiasa.
Sinonim dengan personaliti yang menyenangkan, Sherry Al Hadad juga sering kali ditebak dengan persoalan jodoh.
Pada usia 35 tahun kini, hos Bis Stage di samping Alif Satar ini bagaimanapun cukup terbuka apabila bercakap soal jodoh meski dirinya masih belum bertemu teman istimewa.
Foto: Instagram Selebriti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.