Uncategorized

“Aku Give Up Banyak Kali,” – Ariz Lufias Kongsi Cara ‘Maintain’ Berat Badan

Share

Penyanyi dan pelakon, Ariz Lufias ada berkongsi dia pernah hampir putus asa dalam mencapai berat badan idealnya baru-baru ini.

Bagaimanapun, dia berjaya mengatasi masalah itu dan kini mengikuti diet yang seimbang bagi mendapat tubuh badan idaman.

“If I can do it, you can do it too! Nak kurangkan berat badan memang susah.

 

“Jujur aku cakap aku give up banyak kali. Sampailah aku jumpa cara nak kurangkan dan maintain kan berat badan yang sesuai untuk aku.

 

“Yang paling penting pilih diet seimbang bukan diet yang pelik-pelik tu. Nanti tambah mudarat pula.

 

“Dan senaman yang konsisten juga membantu untuk kurangkan berat tu, InshaALLAH you can do it! Goodluck semua!” tulisnya di Instagram.

Menjengah di ruangan komen, ramai yang berterima kasih dengan tips Ariz itu.

Tidak ada cara mudah untuk mendapat tubuh bada ideal. Yang penting kenalah sentiasa konsisten kan?

 

Foto: Instagram Ariz Lufias

IKLAN