Pelakon, Zulin Aziz muat naik video terbaru di laman Instagramnya, hari ini meluahkan rasa kesalnya mengenai isu yang menyakitkan hatinya.

Kisahnya, dia rasa jengkel apabila wujudnya orang yang suka meninggalkan komen mencari duit-duit lama di komen laman Instagramnya.

“Aku geram sungguhlah dengan orang yang suka komen tanya fasal duit lama ni, sekarang dah nak masuk tahun 2019 dah kot.

“Duit sekarang pun aku tak boleh nak nyimpan apatah lagi duit lama, Satgi mesti dia masuk kat comment.Kalau takdak maksudnya dia paham apa aku ckp,” luahnya kesal.

IKLAN

Dalam pada itu, di ruangan komen kelihatan ramai yang terhibur dengan luahan rasa Zulin itu. Malah ada juga yang bersetuju dengan apa yang dikatakannya.

IKLAN

“Aku Geram Sungguh Lah Yang Dok Komen…,”- Zulin Rasa Jengkel, Naik Hantu Tapi Ramai Pula Yang Terhibur Sebab… “Aku Geram Sungguh Lah Yang Dok Komen…,”- Zulin Rasa Jengkel, Naik Hantu Tapi Ramai Pula Yang Terhibur Sebab…

Kalau dilihatkan memang ramai betul yang suka komen tanya fasal duit lama terutamanya di Instagram para artis. Manalah penyanyi lagu Dan Ketika Itu tidak marah kan?

IKLAN

Pada MH, sepatutnya ada sesuatu yang dilakukan berkaitan hal ini. Sekarang ini pun dah banyak sangat isu ‘scam’ kan? Apa-apapun, moga-moga Zulin terus bertabahlah ya.

Dalam perkembangan lain, muzik video single terbaruya berjudul Dan Ketika Itu kini sudah pun ditonton lebih 3 juta kali sejak dimuat naik lebih dua minggu lalu, tahniah Zulin!

Foto/Instagram: Zulin Aziz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI