Susulan membawakan watak sebagai penyondol di dalam drama, Curang Tanpa Niat, pelakon Sharifah Sakinah, menerima perlbagai kritikan daripada penonton.
Ada diantara mereka yang merasakan Sakinah tidak sesuai untuk membawakan watak penyondol kerawa wajahnya kini sudah kelihatan tua.
Sakinah kemudiannya membalaskan komen tersebut dan menjelaskan imej wanita berusia yang dipaparkan di dalam drama tersebut merupakan tuntutan watak dan kehendak pengarah..
“Korang, saya ini pelakon yang berkarakter. Dalam drama ini, saya memang kena in character. Saya bukan penyondol yang biasa-biasa macam Sophia Albarakbah tu.
“Dalam drama ini, umur saya adalah 48 tahun. Sebab itu mereka kena nampakkkan aku tua. Korang faham ke tidak?,” katanya.
Perkata itu dikongsikan sendiri oleh adik kepada penyampai radio, Sharifah Shahirah iti menerusi sebuah hantaran di Instagram Bam Bam Studios.
Ads
Boleh Bawa Apa Sahaja Watak
Katanya lagi, sebagai pelakon yang versatil,
Sakinah akui bertuah kerana mimiliki rupa paras yang mampu membawakan apa sahaja jenis watak sesuai dengan kehendak pengarah.
“Kalau saya jadi pontianak, saya akan betul-betul hodohkan muka saya. Bila watak saya dituntut sebegini, memang macam inilah make up saya.
“Selepas ini, kalau saya dapat watak umur 18 tahun, korang tengok sendiri wajah muda saya. Muka saya ini bonus,” katanya lagi.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji lakonan Sakinah di dalam drama ini sehingga berjaya membuatkan penonton berasa meluat.
“Ya betul. Kinah berjaya bawa watak penyondol berusia. Bila tengok cerita ini, nampak Astrid ni tua sebab itu suaminya juha tua. Good job Kinah.
“Kalau netizen sampai kesal, bererti pembawakan karakter berhasil menjadi antagonis.
“Saya rasa macam nak duku kepala awak. Menjadi betul watak tu. Meluat sampai rasa nak ludah. Tahniah.
Ads
“Berjaya dia bawa watak ini. Sumpah sakit hati.
“Okay je. Tak nampak berumur pun. Tetap cantik bila sedang marah,” antara komen-komen netizen.
Selain Sakinah, drama ini turut menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Mira Filzah, Shukri Yahaya, Evertts Gomes dan Azqa Aziz.
Curang Tanpa Niat bersiaran di slot, Mega Drama Astro Ria pada Isnin hingga Khamis jam 10 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber: Instagram Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi rock legenda, Datuk Amy Search, bakal mencatat sejarah dalam karier seninya apabila buat pertama kali, menjayakan konsert solo di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 26 April depan.
Konsert yang diberi nama Amy Search Magic Konsert Solo Pertama itu dijangka menjadi mercu tanda penting dalam perjalanan seni Amy, yang telah lebih empat dekad mewarnai industri muzik.
Selepas 44 tahun mencipta fenomena bersama kumpulan Search, Amy kini bersedia untuk menampilkan sisi berbeza dalam kerjayanya.
Langkah ini dilihat sebagai usaha serius untuk mempersembahkan kehebatan seninya secara lebih mendalam dan intim kepada para peminat.
“Saya menerima pelawaan pihak penganjur sekitar tahun lepas. Tidak dinafikan memang ramai yang menawarkan saya menjayakan konsert solo tapi saya selalu beri alasan belum bersedia.
“Tapi disebabkan tawaran ini datang daripada pengarah konsert, Jennifer Thompson saya terus terima kerana saya mahukan barisan tenaga kreatif yang cukup berpengalaman dan bukan tangkap muat.
“Setiap lagu yang akan saya nyanyikan nanti adalah cerminan daripada warna kehidupan saya. Setiap nota dan lirik membawa kisah yang berbeza, melambangkan suka duka yang saya lalui dalam industri ini.
“Saya berharap konsert ini akan memberi ruang kepada peminat untuk merasai segala perasaan yang saya alami sepanjang perjalanan ini,” katanya.
Amy ditemui pada majlis sidang media Amy Search Magic Konsert Solo Pertama yang diadakan di Society Mont Kiara, Kuala Lumpur, pad Isnin.
Teruja untuk menghiburkan para peminat setianta, Amy turut menafikan dirinya bersikap jual mahal selepas menolak pelawaan beberapa penganjur untuk mengadakan konsert solonya, sebelum ini.
“Saya bukan jual mahal, tapi siapa produser konsert adalah penting untuk saya. Mereka perlu memahami latar belakang saya.
“Saya perlukan orang yang tepat dan waktu yang tepat sebelum setuju untuk menjayakan konsert.
“Melalui konsert solo ini, saya ingin mempersembahkan bukan sahaja muzik, tetapi juga jiwa saya.
“Lagu-lagu yang akan saya bawakan adalah bukan sekadar hits, tetapi juga pengalaman hidup yang membentuk siapa saya hari ini. Peminat akan dapat melihat sisi peribadi saya yang jarang mereka ketahui,” katanya lagi.
Konsert ini dibawakan secara eksklusif oleh TheWhiteGroup dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia.
Tiket untuk konsert ini akan mula dijual bermula 5 Februari ini menerusi wowtix.com.my dan harga tiket bermula daripada RM188 hingga RM788.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida, tampil memberi penjelasan berhubung isu tuntutan hutang daripada sebuah syarikat kontraktor sebelum ini.
Menurut Vida, atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 54, beliau telah membayar sebanyak RM3.5 juta kepada kontraktor tersebut, namun mendakwa pihak berkenaan gagal melaksanakan tugas dengan baik.
“Semua tidak tahu apa yang benar-benar terjadi. Saya ni buat studio bayar duit dahulu iaitu ketika dia (pihak kontraktor) menunjukkan contoh reka bentuk studio tersebut.
“Saya mahukan ianya siap dalam masa tiga bulan namun menurutnya, mereka tidak cukup bajet.
“Maka saya perlu bayar dahulu RM3 juta, kemudian tak cukup dan ada lagi tambahan lain, jadi RM3 juta setengah.
“Tiba-tiba bila dia dah dapat duit, dia berjalan entah ke mana. Saya hanya berurusan dengan orang bawahan.
“Jadi apa yang saya nak tak dapat. Studio itu tidak ada tandas dan bekalan elektrik, tak munasabah,” jelasnya.
Vida berkata demikian ketika ditemui pada Malam Penghargaan Nona Superwoman Award 2024 di M World Hotel, Petaling Jaya pada Rabu.
Dalam pada itu ditanya mengenai perkembangan terkini berkenaan sesi lelongan barangan di kediamannya, Vida memaklumkan ia ditunda buat sementara waktu.
“Digantung dan ditunda untuk sita. Insya-Allah saya dipihak yang benar dan perkara tersebut tidak akan berlaku,” katanya.
Bagaimanapun, Vida tetap optimis dan yakin dia berada di pihak yang benar.
“Kita ini kalau nak berniaga jangan tipu orang lain. Saya reda dan yakin saya akan menang. Ada ujian yang perlu saya lalui dan Allah nak bagi ganjaran kepada kita.
“Segalanya melalui peguam namun saya tidak duduk diam, ada usaha dan ikhtiar serta tawakal,” ulasnya.
Terdahulu pada 25 November lalu, media melaporkan aset milik Datuk Seri Vida di kediamannya di Persiaran Bukit Meru, Ipoh, Perak telah disita susulan gagal melunaskan hutang sebanyak RM1,060,285 kepada sebuah syarikat kontraktor.
Hutang tersebut berkaitan dengan kerja-kerja pengubahsuaian sebuah kilang di Shah Alam, Selangor menjadi studio pada tahun 2018.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ketika kudapan manis, Kunafa dari Timur Tengah ‘mendunia’ beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia, situasi itu membangkit cetusan idea buat pempengaruh TikTok dan usahawan, Ojen Aiwahhh untuk meneroka bidang baharu menerusi Kunafa Aiwahhh.
Dilancarkan sejak 2022, Ojen atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahda Mohd Rosli, 29, kini terus optimis untuk terus memperkenalkan jenama berkenaan yang kini sudah mempunyai variasi tujuh pilihan perisa lain termasuklah Red Velvet, Dark Indulgence, Lumut Cheese, Biscoff, Choc Oreo dan Hazelnut Nutella.
Terbaharu, perisa kelapannya iaitu Madu 3 yang berasaskan emping jagung yang dilancarkan secara kolaborasi bersama teman baik yang juga pempengaruh sensasi, Cik Epal.
Ditanya Ojen mengenai kerjasama itu yang dilihat seperti menangguk di air keruh di atas kisah hangat membabitkan isu rumah tangga Cik Epal, bekas penuntut bahasa Arab di Yaman itu tidak melatah.
“Kalau ada yang kata kerjasama ini cuba ambil kesempatan fasal cerita itu, saya kurang bersetuju. Mungkin ia hanya kebetulan. Apa yang saya boleh tekankan kerjasama ini lebih kepada menolong antara satu sama lain.
“Saya sendiri bersimpati dengan apa yang berlaku dalam kisah rumah tangganya. Cik Epal sendiri turut membantu menyebarluas jenama kunafa Aiwahhh.
“Sebagai sahabat, saya tak mahu hanya muncul pada waktu senang. Biarlah ketika susah juga. Dapat juga saya kongsi rezeki dengannya sekali gus dia boleh meneruskan survival kehidupan solo bersama anak,” katanya.
Penyanyi lagu Hubb itu turut menjelaskan, idea kolaborasi ini sebenarnya sudah dirancang lama dan pemilihan perisa Madu 3 bukan gimik dan tiada kaitan dengan tempias rumah tangga Cik Epal.
“Bukan tiba-tiba saja nak keluarkan perisa Madu 3 ini. Nak keluarkan mana-mana perisa baharu perlu ada R&D (penyelidikan dan pembangunan).
“Tambah pula saya tak pernah berkolaborasi dengan mana-mana artis atau pempengaruh. Jadi kenapa tidak saya tampilkan Cik Epal saja untuk kolaborasi sulung ini.
“Pemilihan nama perisa Madu 3 bukan suka-suka. Tapi sebab perisa ini menggunakan tiga jenis madu iaitu honeycomb, drizzle madu dan campuran emping jagung bersama madu. malah perisa ini juga ada tiga lapisan,” katanya.
Bercerita lanjut mengenai perniagaannya, Ojen tidak mempunyai kios atau cawangan kedai tertentu. Sebaliknya, dia bersama pasukan kerja sendiri akan turun padang ke serata negeri demi tujuan promosi.
Disifatkan sebagai perintis usahawan kunafa dengan elemen tekak Melayu, Ojen berkata idea berniaga itu terlintas ketika belajar di Yaman.
“Empat tahun di Yaman dan Setahun di Egypt, Saya lihat kunafa menjadi makanan harian dan pencuci mulut kegemaran. Di Tanah Arab lagi, saya sudah pasang niat, balik ke Malaysia memang kena jual kunafa.
“Lucunya, ada ramai penjual tempatan cuba meniru konsep saya. Termasuklah di kalangan penjual orang Arab. Saya lihat ramai yang mengambil inspirasi.
“Saya jadi bangga konsep ini diterima di kalangan masyarakat dan penjual kunafa. Lagipun saya tak mampu nak jual kepada lebih 33 juta rakyat di negara kita.
“Biarlah sama-sama cari rezeki. Syukur, Allah SWT sudah beri lebih rezeki lebih untuk saya,” katanya yang sudah lengkap melakukan jerayawara seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak tahun lalu.
Tahun ini, dia berazam untuk tembusi pasaran Indonesia dan Brunei.
Sementara itu, Cik Epal atau nama sebenar, Nor Munirah Mahmud optimis dengan kolaborasi bersama Ojen.
“Secara jujurnya saya bukan jenis bekerjasama dengan sembarangan orang. Saya lebih selesa berkolaborasi dengan orang yang sudah dikenali.
“Macam Ojen memang kami sudah lama kenal. Dia pun jenis yang merendah diri, happy go lucky dan senang berurusan.
“Saya sendiri yakin 100 peratus dengan perniagaan kunafanya. Kunafa Aiwahhh antara ‘dessert’ yang sudah lama viral dan ‘mendonia’ ke hari ini. Tipulah lah kalau kata tak pernah nampak Kunafanya jadi ‘fyp’ di TikTok.
“Saya rasa dari dulu kalau buka gerai jualannya, memang penuh dibanjiri peminat kunafanya sampai satu Malaysia ada.
“Jadi waktu Ojen ajak berkolaborasi, memang saya teruja. Ditambah pula nak buat perisa Madu 3 ini, saya sendiri nampak yang ia akan meletup. Waktu kami buat R&D, terus saya bersetuju untuk sama-sama ‘mendonia’,” katanya.
Menjawab pertanyaan mengenai kehidupannya ketika, Cik Epal reda dengan ujian diterima.
“Alhamdulillah saya bersyukur sebab Allah uji saya pada waktu yang tepat. Saya juga bersyukur waktu sebegini, masih ada sahabat lama dan baru yang ikhlas menolong saya.
“Ada yang tak henti-henti memberi motivasi diri pada saya untuk meneruskan kehidupan demi anak dan masa depan yang lebih terang.
“Saya sudah selesa seorang diri buat masa ini. Cukup ada anak menjadi asbab untuk saya terus tersenyum. Saya akan terus berjuang dan takkan kembali dengan kesilapan lalu dengan lelaki yang sama.
“Untuk kembali balik kepada bekas suami itu, saya rasa tak mungkin. Tapi saya takkan sesekali memisahkan anak dengan bapa mereka.
“Apa terjadi, bekas suami tetap bapa kepada anak saya dan dia pernah menjadi bapa yang baik. Itu sahaja,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.