Categories: Hiburan

Aktor Popular China Yu Menglong Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Bangunan

Share

Dunia hiburan Asia dikejutkan dengan berita kematian pelakon dan penyanyi popular China, Yu Menglong yang dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dari sebuah bangunan di Daerah Chaoyang, Beijing pada 11 September lalu.

Studio yang menguruskan kerjaya seni aktor berusia 37 tahun itu dalam kenyataannya mengesahkan pemergian mengejut tersebut dan memaklumkan pihak polis telah menolak sebarang unsur jenayah dalam kejadian berkenaan.

Menurut laporan media tempatan, Yu Menglong pada malam sebelum kejadian difahamkan bersama beberapa rakan di kediamannya sebelum masuk ke dalam bilik sekitar jam 2 pagi dan mengunci pintu.

Sekitar jam 6 pagi, rakan-rakannya menyedari beliau tidak berada di dalam bilik sebelum tubuhnya ditemui di luar bangunan oleh seorang penduduk.

Perkara itu sekali gus menimbulkan tanda tanya dan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat serta netizen, meskipun kenyataan rasmi pihak polis menegaskan tiada unsur jenayah terlibat.

Berita kematian bintang drama Go Princess Go

, Eternal Love dan The Legend of White Snake itu segera tular di media sosial, dengan ribuan peminat meluahkan rasa sedih.

Yu Menglong atau turut dikenali sebagai Alan Yu dilahirkan pada 15 Jun 1988 di Ürümqi, Xinjiang. Beliau mula dikenali menerusi beberapa program realiti nyanyian

Beliau kemudiannya mengukuhkan nama sebagai pelakon utama dalam drama bersiri popular di China. Kariernya juga merentasi bidang muzik apabila turut aktif sebagai penyanyi dan pengarah video muzik.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
MFA