Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau keadaan lalu-lintas pada sebelah malam semasa fasa 3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Kuala Lumpur.
Video yang dikongsikan laman Instagram Istana Negara itu menyaksikan Seri Paduka Baginda menunjukkan isyarat bagus dalam menzahirkan rasa berpuas hati atas kerjasama yang diberikan rakyat Malaysia dalam mematuhi arahan pihak kerajaan.
“16 April 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan meninjau keadaan lalu-lintas pada sebelah malam semasa fasa 3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Kuala Lumpur.
“Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan atas usaha kerajaan meneruskan fasa 3 PKP dan berharap rakyat dapat terus memberi keutamaan kepada penjagaan kesihatan diri dan terus berada di rumah bagi membendung wabak Covid-19.
“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa berpuas hati apabila rakyat memberi kerjasama yang baik mematuhi PKP fasa 3 yang dilaksanakan pihak kerajaan.
“Seri Paduka Baginda berdoa semoga penularan wabak ini berjaya ditangani dan diakhiri dgn segera,” kongsi Istana Negara.
Terdahulu, Baginda pernah mencemar duli meninjau keadaan di sekitar Kuala Lumpur dengan meninjau beberapa lokasi tugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat sekatan jalan raya.
Fasa ketiga PKP bermula dari 15 hingga 28 April ini.
Foto : Instagram Istana Negara
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas menyumbangkan lebih RM50,000 untuk membantu golongan yang kesempitan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Man Raja Lawak kini membuka peluang untuk mempromosikan perniagaan di laman Instagramnya secara percuma.
Jelasnya, ruang itu diwujudkan bagi membantu usahawan untuk menambah pendapatan dan sekurang-kurangnya mampu menampung belanja harian.
“Assalam sahabat, kalau nak abang promote produk korang kat story boleh je. Bagi iklan lengkap kat DM. Free Je. Sama-sama support ek.
“Kalau ini membantu kowang dpt duit tuk cover belanje harian buat fmily..abg sudi bantu..free jer..janji sme2 support,” kongsinya.
Terdahulu, Man berkongsi RM50,000 daripada wang kemenangan MLM 2019 untuk diagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan berniat untuk menjual kereta dan motosikal mewahnya bagi menambah jumlah bantuan.
Pelawak itu juga difahamkan telah memberikan sejumlah sumbangan yang besar kepada Zarina Anjoulie untuk diagihkan kepada 40 buah keluarga yang memerlukan bantuan.
Foto : Instagram Man Raja Lawak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suami kepada pelakon, Anzalna Nasir iaitu Hanif Zaki, mengambil inisiatif dengan menggunakan hubungan baik dengan tempat kerja untuk membantu mereka yang memerlukan ketika negara berdepan krisis COVID-19.
Difahamkan, suaminya kerjasama dengan Mitsubishi cawangan Ampang untuk meminjamkan kenderaan jenis 4WD Triton bagi kegunaan Ustaz Firdaus Wong mengedarkan sumbangan kepada asnaf dan B40 untuk tujuan berkaitan.
“Bila namanya perniagaan, memang ada untung ada rugi. Tapi jangan lah takut untuk bersedekah dan berjariah dan tak perlu tunggu kaya baru nak buat semua ni.
“Alhamdulillah rezeki ustaz @firdauswong dapat Triton untuk digunakan bagi mengedarkan sumbangan sepanjang tempoh PKP. Terima kasih ustaz kerana membantu mereka yang memerlukan,” tulis peserta Dewi Remaja 2010 ini pada entri tersebut.
Sementara itu, Ustaz Firdaus turut memberikan dedikasi sama dan perkara itu dikongsikan menerusi Instagram rasminya juga.
“Jazakumullahu Khairan kepada @hanif_zaki & @mitsubishi.eam.ampang yang menawarkan sebuah Mitsubishi Triton untuk digunakan oleh kami di MRM bagi mengedarkan sumbangan kepada asnaf & B40 di seluruh negara sehingga tamat tempoh PKP.
“Semoga Allah Subhana Wa Ta’ala murahkan rezeki Hanif & semoga segala amalan serta sumbangan kita semua diterima oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Mungkin tiba masanya untuk kami pertimbangkan membeli sebuah 4WD untuk tujuan kebajikan sebegini,” tulisnya.
Pada posting sama, Ustaz Wong turut memberikan butiran akaun kepada mereka yang sudi untuk sama-sama mahu meringankan beban mereka yang memerlukan.
“MAYBANK, Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor. 5648 1052 0353,” tulisnya lagi.
Terdahulu, video sama turut dikongsikan Hanif menerusi platform sama.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...