Adik kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Syada Amzah memohon maaf kepada ibunya, Datin Fauziah Sarman diatas segala konflik dan kemulut yang sedang berlalu melibatkan adik beradiknya ketika ini.
Menurut Syada, segala yang berlaku ini bukan berpunca daripada ibunya sebaliknya ia merupakan khilaf dan kesilapan mereka sendiri.
“Semoga mak diberikan kekuatan dan ketenangan. Maafkan kami adik-beradik berbalah. Bukan salah mak dan mak tak hina macam mana mak dicaci.
“Mak sudah buat yang terbaik didik kami,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Hasrat itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Pada masa sama, Syada turut menegaskan dirinya akan sentiasa memegang tanggungjawab untuk menjaga ibunya selagi hayat dikandung badan.
“Adah sayang mak. In sya Allah, selagi nyawa ada, Adah cuba segala daya jaga mak,” kongsinya lagi.
Terdahulu, konflik melibatkan keluarga Shila Amzah menjadi isu hangat yang diperkatakan di seluruh platform media sosial.
Segalanya bermula selepas pendedahan Syada yang terkilan dengan tindakan kakaknya yang mahu menjual rumah keluarga mereka.
Tidak berhenti di situ, adik lelaki Shila, Amirul Syafiq turut membuat video pendedahan di media sosial bagi meluahkan kekecewaan terhadap tindakan kakaknya itu.
Sementara itu, memerusi satu siaran langsung di Instagram, Shila mengaku bahawa dia mahu menjual rumah tersebut kerana berhasrat untuk membeli sebuah kediaman baru.
Malah, Shila turut mendedahkan dirinya sudah jelak dengan perangai adik-beradiknya, Syada dan Syafiq Amzah.
Shila turut mendakwa dirinya juga pernah dipukul oleh Syafiq sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Syada Amzah & Fauziah Sarman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi terkenal, Shila Amzah menggesa seorang wanita yang dikenali sebagai Eiza untuk keluar daripada rumah keluarganya selewat-lewatnya pada Jumaat.
Menurut Shila, arahan tersebut dikatakan tidak diendahkan sejak setahun yang lalu.
“Assalamualaikum, teruntuk ‘ORANG LUAR’ yang sebenar, Eiza yang dah lama duduk di rumah saya di Langat tu, sila keluar selewatnya esok sebelum saya ambil tindakan undang-undang.
“Saya sudah bagitahu melalui ibu untuk minta dia keluar setahun yang lalu,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Memori Tercipta itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Katanya lagi, dia juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya wanita berkenaan masih berdegil.
Pada masa sama, Shila turut memberi amaran agar wanita berkenaan berhenti bercakap mengenai keluarganya lagi selepas ini.
“Sila keluar dengan kadar segera.
“Lagi satu, satu lagi patah perkataan berkaitan saya dan keluarga saya di akaun sosial media awak, saya akan hantar surat tuntutan saman jika anda mahu,” ujarnya lagi.
Sementara itu, menerusi satu lagi posting di platform sama, Shila memaklumkan Eiza merupakan kenalan adiknya, Syafiq Amzah.
Bagaimanapun, Shila belum dapat mengenal pasti hubungan sebenar mereka ketika ini.
“Entahlah tapi melalui dialah (Syafiq). Semua majlis melibatkan keluarga, dia ada.
“Saya tak kisah kalau dia baik tapi sejak ibu bapa saya bercerai sehinggalah insiden baru-baru ini, menunjukkan perkara sebaliknya,” jelas Shila lagi.
Terdahulu, konflik melibatkan keluarga Shila dilihat masih belum menemui jalan penyelesaiannya.
Sebelum ini, MH melaporkan Shila akan bertemu dan bersemuka dengan ibunya bila tiba waktu yang sesuai.
Menurut Shila, dia mahu segalanya berlaku secara natural dan bukannya dipaksa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Shila Amzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nama Exists tidak perlu lagi diperkenalkan lagi dan tentunya deretan lagu popular mereka seperti Jesnita, Julia, Mengintai Dari Tirai Kamar, dan banyak lagi akan terus menjadi halwa telinga pendengar.
Terbaharu, mereka bakal menghangatkan dua negeri di Borneo iaitu Sarawak dan Sabah menerusi Konsert Exists Borneo Tour yang akan berlangsung pada 17 Disember di Sarawak dan seterusnya Sabah pada 30 Disember depan.
Konsert Exists Borneo Tour Sarawak akan dilangsungkan di Borneo Convention Center, Sarawak manakala Sabah International Convention Center menjadi menu persembahan di Sabah.
Pemain keyboard, Ajai, berkongsi keterujaan untuk tampil di dua negeri itu selepas lebih 20 tahun tidak hadir mengadakan konsert berskala besar di sana.
“Lebih 20 tahun kami tak muncul mengadakan persembahan di Borneo. Jadi, kami akan persembahkan lagu-lagu yang boleh dinyanyikan bersama peminat.
“Ada juga lagu-lagu yang tak pernah dimainkan, tapi diminta oleh peminat. Jadi, kami akan persembahkan juga,” katanya.
Tambah Ajai, lagu-lagu mereka juga berjaya menarik perhatian peminat generasi muda.
“Contohnya, di Hausboom sebelum ini. Kami mensasarkan kumpulan pendengar daripada generasi muda. Jadi, kami mainkan lagu-lagu rancak.
“Namun, mereka sebenarnya menunggu untuk kami mainkan lagu berentak perlahan. Jadi, walaupun budak-budak muda ini berpakaian mengikut trend terkini, mereka masih lagi membudayakan muzik Malaysia yang mana, akarnya tetap ke situ juga,” katanya.
Dalam pada itu Ajai menambah, mereka sudah mula menjalani latihan sejak dua minggu lalu.
“Kami dah jalani latihan sejak dua minggu lalu. Satu perkara yang saya boleh katakan mengenai Exists adalah, disiplin yang mana membuatkan kami kekal sebagai band.
“Walaupun masing-masing sibuk dengan kerja dan komitmen masing-masing, tetap ada masa untuk bersatu menjalani latihan,” katanya.
Ditanya mengenai anggota yang akan tampil di konsert itu nanti, Ajai berkata, setiap anggota yang muncul membuat persembahan adalah nyawa kepada kumpulan itu.
“Paling utama, keberadaan barisan anggota inilah yang memberi nyawa kepada Exists. Setiap apa yang dibariskan di barisan hadapan setiap persembahan kami, itulah nyawa Exists.
“Ikatan itu sentiasa ada dan tak pernah ada sebarang pertelingkahan,” katanya lagi sambil diakui anggota Exist lainnya.
Sementara itu Along pula menjelaskan, ketiadaan Mamat kali ini ada sebabnya.
“Kita tak tampilkan barisan ‘line up’ ‘reunion’ kali ini. Jadi, sebab itulah Mamat tak ada bersama kami. Di konsert yang akan berlangsung pada 22 Disember di Kuala Lumpur, Mamat akan ada bersama.
“Peminat pun dah faham situasi di mana, akan ada konsert yang menampilkan Ezad, atau Mamat sahaja. Kami pun tak terikat apa-apa. Boleh jadi ada konsert yang menampilkan salah seorang dan ada yang berdua.
“Kami lihat juga kelapangan jadual mereka untuk tampil di sesuatu acara. Jadi, kami bagi kelonggaran dari aspek itu. Tapi, untuk Konsert Exists Borneo Tour, kalau penganjur ingin tampilkan Mamat bersama, jadi, kami akan tampilkannya,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...