Uncategorized

Aksi  Ismail Izzani Minum Sambil Bertopeng Di Pertikaikan?

Share

Nampaknya nama penyanyi remaja Ismail Izzani menjadi perhatian netizen di laman Instagram gara-gara memuat naik sekeping foto.

Foto viral tersebut mendapat kecaman daripada netizen yang mempersoalkan bagaimana penyanyi itu minum air dengan memakai topeng dengan menutup mulut.

Kelakarnya walaupun hanya sekadar bergurau, tindakan pelantun lagu Sabar itu tetap menjadi topik hangat di ruangan komen.

“Taktau lah nak minum macam mana #janganmarah #kitagurauje #sabar.” Ujarnya diruangan kapsyen.

Perkongsian Ismail itu telah menerima lebih daripada 54,000 likes setakat ia dikongsi pada 18 Oktober yang lalu. Rata-rata pengikutnya berkata penyanyi itu seperti ‘meminta’ untuk dikecam.

Bagaimanapun, ada segelintir pengikut di laman Instagramnya yang menyelar tindakan sesetengah netizen yang suka mencari kesalahan orang lain. Malah ada juga yang bergurau ingin menolongnya untuk minum.

IKLAN