Kumpulan Akim & The Majistret terkejut dan terharu apabila hampir 5,000 penonton hadir membanjiri Megastar Arena, Bukit Bintang, bagi menyaksikan konsert berskala mega mereka iaitu ATM Rampas, malam tadi.

Menurut Akim Ahmad, mereka sudah lama menyimpan impian untuk mengadakan konsert berskala besar di ibu kota dan tidak menyangka ia akhirnya menjadi realiti.

Akim Hampir Menangis Lihat Sokongan Hampir 5,000 Fans ‘ATM Rampas’! – “Tak Sangka Bermula Dari Sebuah Band Projek…”

“Kami sangat terkejut dan berbesar hati. Kami juga ingin berterima kasih kepada semua yang hadir pada hari ini dan sentiasa menyokong perjalanan Akim & The Majistret.

“Kita memang tak jangka dapat kumpulkan peminat seramai ini di sebuah venue yang sangat besar dan ikonik. Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak penganjur.

“Mereka memberikan kepercayaan kepada kami untuk mengadakan konsert berskala besar. Tanpa kepercayaan ini, impian untuk mengadakan konsert ini tidak akan menjadi kenyataan,” katanya.

Ads

Konsert Penuh Emosi

Akim turut mengakui, dia hampir menitiskan air mata sebelum persembahan pembukaan apabila melihat sambutan luar biasa daripada para peminat yang sentiasa berdiri teguh di belakang mereka sepanjang 11 tahun perjalanan muzik.

Akim Hampir Menangis Lihat Sokongan Hampir 5,000 Fans ‘ATM Rampas’! – “Tak Sangka Bermula Dari Sebuah Band Projek…” Akim Hampir Menangis Lihat Sokongan Hampir 5,000 Fans ‘ATM Rampas’! – “Tak Sangka Bermula Dari Sebuah Band Projek…”

“Akim & The Majistret memang memberikan impak dalam kerjaya saya. Saya sendiri tak sangka bermula daripada sebuah band projek, kita dapat berdiri di Mega Star Arena ini.

“Satu perasaan yang susah untuk digambarkan. Sebenarnya saya hampir nak menangis sewaktu nak naik ke pentas ketika persembahan pembukaan.

Ads

“Nasib baik ada Hazama. Dia datang peluk saya. Tak jadi saya menangis,” jelasnya lagi.

Sepanjang lebih dua jam, mereka mempersembahkan 23 buah lagu, termasuk karya hit seperti Mewangi, Potret, Saksama, Obses dan Rampas, selain lagu ciptaan untuk artis lain seperti Cinta (Marsha Milan), Sengaja(Amir Masdi), Warkah Untukku (Ara Johari) dan Selamanya (Usop).

Akim Hampir Menangis Lihat Sokongan Hampir 5,000 Fans ‘ATM Rampas’! – “Tak Sangka Bermula Dari Sebuah Band Projek…” Akim Hampir Menangis Lihat Sokongan Hampir 5,000 Fans ‘ATM Rampas’! – “Tak Sangka Bermula Dari Sebuah Band Projek…”

Ads

Mengulas mengenai stamina dan kualiti vokalnya yang mantap dari awal hingga akhir konsert, Akim menjelaskan semuanya hasil latihan intensif selama dua bulan, dibantu isterinya, Stacy.

Akim Hampir Menangis Lihat Sokongan Hampir 5,000 Fans ‘ATM Rampas’! – “Tak Sangka Bermula Dari Sebuah Band Projek…” Akim Hampir Menangis Lihat Sokongan Hampir 5,000 Fans ‘ATM Rampas’! – “Tak Sangka Bermula Dari Sebuah Band Projek…”

“Nasib baik saya dapat bimbingan daripada Stacy. Malah, kami juga sudah berlatih selama dua bulan tanpa henti. Suara saya ini seperti masuk ke gimnasium.

“Kekuatan suara saya bertambah. Kalau lihat tekak saya ini, seperti ada six pack. Ketika berlatih, kita dapat tahu teknik-teknik nyanyian yang betul. Cara inilah yang memberikan ketahanan kepada saya,” katanya berseloroh.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI