Akim Ahmad Jawab Mengapa Tidak Sertai AF Megastar

Seperti yang kita tahu, program AF Megastar kini sedang berlangsung di saluran Astro Ria. Pertandingan realiti ini satu-satunya program menggabungkan semua penyanyi-penyanyi hebat yang pernah menyertai Akademi Fantasi (AF) berentap sekali lagi untuk merebut gelaran ‘Mega Star’.

Maka banyaklah bekas-bekas pelajar yang popular dan pernah mencuri hati kita suatu ketika dahulu muncul kembali di atas pentas.

Namun ramai yang tertanya-tanya mana perginya Akim Ahmad memandangan Akim cukup popular ketika di AF. Sehinggakan ada yang membuat beberapa spekulasi. Tetapi Akim punyai jawapannya sendiri.

IKLAN

Tidak mahu ada individu yang salah faham atau tertanya-tanya, melalui Astro Gempak Akim jawab segala persoalan.

Menurutnya, dia bukanlah dengan sengaja tidak mahu melibatkan diri. Sebaliknya, dia kini sedang sibuk mempromosikan lagu terbaru dan fokus pada band Akim & The Majistret.

Malah, dia turut memberitahu, ini sahaja masa yang paling sesuai untuk membawa bandnya setapak ke hadapan kerana sebelum ini sudah terikat dengan sebuah program selama dua bulan.

IKLAN

“Saya sekarang tengah fokus kepada Akim & The Majistret kerana kami masih menyiapkan lagu baru dan lakukan promosi bersama-sama.

 

“Jika saya menyertai AF Megastar mungkin perkara itu akan menyukarkan untuk kami bergerak bagi tujuan promosi.

 

“Sepatutnya kami telah lakukan promosi pada awal tahun namun terpaksa ditangguhkan kerana saya terikat dengan satu program selama dua bulan.

 

“Jadi sekarang merupakan masa yang sesuai untuk kami lakukan promosi dan saya berharap agar peminat dapat memberi sokongan kepada single terbaharu ini,” jelasnya.

AF Megastar yang menampilkan Datuk Aznil Hj Nawawi sebagai pengacara dan dua orang barisan juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat, mengumpul semula 24 barisan penyanyi terbaik sepanjang 13 musim AF berlangsung di satu pentas yang sama.

SUMBER : Astro Gempak