Isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial terkenal, Ridzuan Ridzokumura, iaitu Akiko Okumura dilaporkan telah meninggal dunia pada pagi Jumaat.

Perkhabaran duka ini disahkan sendiri oleh Ridzuan, atau nama sebenarnya Abdul Ridzuan Abdul Mutalib, 50, menerusi satu hantaran di media sosial.

“Al-Fatihah untuk arwah isteri saya Akiko Okumura telah pergi meninggalkan saya dan anak saya selamanya,” tulisnya ringkas dalam perkongsian tersebut.

Ads

Berita pemergian Akiko mengejutkan ramai pengikutnya, terutamanya kerana dia masih sempat muncul dalam siaran langsung pada malam sebelumnya.

Dalam pada itu, anak saudara Ridzuan, yang juga pelakon terkenal, Zarina Zainuddin, turut berkongsi ucapan takziah menerusi satu hantaran di Instagram.

Ads

“Akiko Okumura isteri pakcik saya Ridzuan telah meninggal dunia. Semoga Allah tempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” tulisnya.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Februari 2009. Akiko, yang berasal dari Jepun, berkongsi kehidupan bersama Ridzuan selama lebih 15 tahun.

Ads

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Sky Taizo Okumura, yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-13 sehari sebelum pemergian ibunya.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads