Akhirnya lagu ciptaan Naim Daniel yang sepatutnya dinyanyikan oleh Allahyarhamah Siti Sarah berjudul Sudah itu diamanahkan kepada Nikki Palikat untuk dinyanyikan.
Perkara tersebut dikongsikan suami arwah, Shuib menerusi satu perkongsian di Instagram, baru-baru ini.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada Naib Juara Gegar Vaganza 8 itu, Shuib turut mengharapkan agar perjalanan karya tersebut dipermudahkan.
“Alhamdulillah akhirnya sayang, lagu AJL you dah ada yang akan nyanyi. Terima kasih Nikki Palikat. Semoga semuanya dipermudahkan.
Ads
“Lagu yang terlalu indah Naim Daniel,” tulisnya pada video latihan arwah Sarah di Instagram.
Nikki turut mengulang siar (repost) video sama seterusnya menyatakan rasa terharu projek istimewa itu.
“Memang satu anugerah dan tanggungjawab besar apabila diberikan lagu yang pemilik asalnya adalah arwah Sarah Raisuddin. Seorang penyanyi dan insan yang amat saya kagum dari semua segi, bukan saja vokal.
“Tapi dalam video ini walaupun belum hafal sepenuhnya lirik tapi jiwanya tetap kuat dan menyinar. Jiwa itulah yang paling kita rindu. Terima kasih Shuib percayakan Nikki untuk membawakan lagu ini,” tulisnya.
Single berkenaan bakal dilancarkan pada 25 Mac 2022.
Untuk rekod, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Kesetiaan ini pergi mengadap Illahi pada 9 Ogos tahun lalu akibat Covid-19 selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Kalau mahu mencari bakat baharu, pilihlah yang benar-benar berkualiti.” Itu tegaskan penyanyi, Black Hanifah susulan satu persatu ‘insiden’ yang berlaku kepada industri seni tempatan ketika ini.
Bagi Black,35, dia memahami ada di antara mereka mahu melakukan gimik demi melariskan produk sendiri, akan tetapi dalam memilih apa yang harus dilakukan, pelbagai perkara juga perlu diambil kira terlebih dahulu.
“Kita faham, gimik memang baik untuk melariskan lagu, produk dan sebagainya. Tapi kalau boleh, janganlah merendahkan martabat kita sebagai anak seni.
“Nak buat apa sahaja kena fikir baik buruk. Yang menonton bukan sahaja kita sebagai orang tempatan tetapi juga diambil peduli orang orang luar. Kita patut malu dengan apa yang kita buat,” katanya.
Tambah Black, bakat baharu yang benar-benar berbakat sebenarnya yang harus dibantu untuk memberikan ruang serta platform bagi membolehlan mereka mengembangkan potensi, sekaligus dapat menaikkan mutu industri seni tanah air.
“Nak mencari penyanyi bukanlah satu kerja yang sukar. Kita ada banyak bakat baharu yang terdiri daripada buskers hebat yang ada tepi jalan dan sebagainya.
“Kalau betul nak mencari bakat dan konten yang baik, ambil sahaja mereka. Rasanya itu lebih baik dan akan mendapat reaksi positif daripada semua. Kalau nak cari konten, pilihlah yang bermaruah,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Black baru sahaja melancarkan lagu baharu berjudul Hanya Aku Yang Mencari, baru-baru ini.
Malah muzik video rasmi single berkenaan juga sudah boleh ditonton menerusi saluran YouTube Nyawa Black TV.
Bersyukur atas maklum balas baik sejurus ia dilancarkan, Black pada masa sama terja apatah lagi ia merupakan buah tangan terbaru selepas tidak muncul dengan mana-mana lagu terkini.
“Nak jadi penyanyi kena relevan dengan industri. Saya sendiri perlu mengikut trend dan terus menjaga kualiti untuk diterima baik oleh pendengar.
“Kali ini, saya gembira kerana masih dapat bekerjasama dengan Ajai untuk lagu ini. Dia tahu mana kekurangan dan kelebihan saya dan itu memudahkan lagi proses rakaman lagu ini,” katanya.
Akui Black, dia juga perlu melakukan proses rakaman semula lagu berkenaan memandangkan ada beberapa bahagian lagu yang dilihat tidak kena dengan suaranya.
“Abang Ajai memang ambil berat dalam proses rakaman. Walaupun lagu tersebut sudah siap, apabila ada bahagian yang tak menepati halwa telinganya, kena rakam semula.
“Saya tak kisah kalau perlu melalui proses rakaman semula. Asalkan hasil akhir akan menjadi lebih baik, saya okay,” katanya.
Hanya Aku Yang Mencari ialah terbitan Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dengan kerjasama Wake The Baby dan lagu ini diedarkan oleh Indigital Music.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat meninggalkan reaksi positif terhadap lagu berkenaan.Antaranya;
“Terbaik Bang lagu ni. Menusuk kalbu la. Memang best dan syahdu.”
“Always the bestlah idola.”
“Sekali dengar terus jatuh cinta dengan lagu baru Black dengan Abang Ajai.”
“Sedapnya MasyaAllah.”
“Tahniah dik. Lagu kau tak pernah tak best, menusuk kalbu tau. Terbaiklah.”
Sehingga kini, muzik video lagu berkenaan sudah pun menerima lebih 5,000 tontonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lumrah sebagai seorang ibu, kebahagiaan anak-anak sudah tentu menjadi keutamaan di dalam hidup mereka.
Malah, para ibu juga sanggup melakukan apa sahaja demi mengukir senyuman di wajah anak-anak.
Bagi pelakon, Shakilla Khoriri pula, dia akui gembira selepas berjaya mengadakan sambutan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Ameena Sofia baru-baru ini.
Menurut Shakilla, meskipun agak penat kerana terpaksa membuat persediaan seorang diri, namun dia tetap bersyukur kerana segalanya telah berjalan dengan lancar.
“Caption kali ni kemungkinan panjang dia SANGAT panjang. Tapi disebabkan jari kebas tak habis-habis dengan melecet lagi dok ikat dan tiup balloon malam semalam sampai 3 pagi punya nak set up Deco Birthday untuk Ameena hari ni. Kepala pening tak cukup tidur.
“Walaupun tak berapa OK tapi kena OK sebab Hari Dia. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun aku dah terkangkang buat semua benda dengan birthday girl lately nak berdukung tak pasal-pasal sesaje.
“Happy 3rd Birthday Nyawaku @ameenasofia_ . Lain sikit tahun ni. ( Lain banyak sebenarnya) tapi I janji I akan buat you happy bukan pada hari you tapi setiap hari setiap saat sebab you nyawa I,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, pelakon drama Saat Kau Tahluk Cinta Ini juga akui senang apabila melihat perasaan anaknya yang gembira saat meraikan hari istimewanya itu bersama bekas suaminya yang juga merupakan penyampai radio, Fizi Ali.
“Birthday event you yang sepatutnya i akan invite all your friends semua cancel sebab Allah nak bagi kita celebrate bertiga.
“Sebab tu Allah bagi kita sakit sikit. Tapi I tahu you happy sebab memang you nak tengok DUA-DUA kan.
“Semoga you kuat dan semoga jadi manusia yang baik. Baik dari dalam dan luar. Jadi manusia yang ramai orang sayang.
“Ramai orang akan ikut kebaikan yang you tunjuk kan. Insyallah. You anak solehan dan anak yang akan buat Umi dan Daddy bangga nanti,” kongsinya lagi.
Menerusi hantaran di Instagram, Fizi akui bersyukur apabila berpeluang untuk sama-sama berkongsi momen berharga tersebut bersama anak dan bekas isterinya.
“Alhamdulillah, terima kasih atas doa semua. Dapat melepaskan rindu dekat Ameena. Terima kasih dekat umi Ameena jugak bagi daddy jumpa. Celebrate birthday Ameena sama-sama.
“Happy birthday sayang. Insyallah daddy akn cuba jadi yang terbaik untuk awak,” ujarnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen sangat tersentuh dengan perkongsian tersebut selain turut menitipkan doa yang baik-baik buat keluarga ini.
“Allahuakbar, santai sahaja dik. Allah sayang both of you.
“Semoga awak berdua kembali demi Ameena.
“Mummy Ameena seorang yang sangat memahami.
“Touching tengok keluarga kecil ini. Dari dulu suka tengok. Btw, happy birthday Ameena.
“Mata masuk habuk. Semoga Ameena baik-baik sahaja. Selamat hari lahir Ameena cantik,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Shakilla dan Fizi telah mendirikan rumah tangga mereka pada 18 Februari 2018.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata mereka bernama Ameena Sofia yang lahir pada 14 Mac 2019.
Bagaimanapun, pada Disember tahun lalu, pasangan ini memutuskan untuk bercerai dan membawa haluan masing-masing.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Shakilla Khoriri & Fizi Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah dan penerbit, Michael Ang berkesempatan mengambil swa-foto bersama artis kesayangannya, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika diundang sebagai Juri Pedas, di program Big Stage 2022 yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Ahad.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Michael meluahkan rasa teruja apabila dapat bertemu empat mata dengan penyanyi yang sinonim dengan lagu Jerat Percintaan itu.
Pada masa sama, Michael menyifatkan Siti atau lebih mesra dengan sapaan Tok Ti sebagai seorang penyanyi yang sentiasa merendah diri, cantik dan memiliki suara yang lunak.
Tambah Michael lagi, dia tidak akan melepaskan peluang dan akan sentiasa meminta untuk mengambil swa-foto setiap kali bertemu dengan Tok Ti.
“Salam semua. The best part of todays evening kat #bigstage2022 adalah dpt ambik selfie dgn my fave singer in malaysia DATUK Siti.
“Ni la satu satu artist malaysia Kalau dapat jumpa I will ask for selfie. She is just plain humble beautiful n has a voice of a nightingale! Luv u mak et!,” tulisnya.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...