Akhirnya Katy Perry Angkat ‘Bendera Putih’?

Nampaknya nama Taylor Swift memang sedang naik di enjin carian Google. Daripada kes bagasi sehinggalah yang terkini kisah hubungannya bersama Katy Perry.

Baru-baru ini Katy Perry telah menyuarakan tentang perselisihan faham antara dia bersama penyanyi remaja terkaya itu.

Melalui sebuah temu bual, Katy mengaku sudah memaafkan segala apa yang telah terjadi dan berharap agar Taylor juga melakukan perkara yang sama.

IKLAN

Katanya lagi, walaupun hubungannya bersama Taylor sudah lama musnah dan tidak akan wujud tetapi dia tetap mengambil berat tentang penyanyi itu.

“Saya akan sentiasa menyayanginya. Walaupun ada perbezaan di antara kami tetapi saya akan terus doakan yang terbaik untuknya,” jelas Katy.

Dalam sebuah temu ramah yang berbeza, Katy juga mengaku bersedia untuk meminta maaf dan memaafkan segala apa yang terjadi.

“Saya sudah bersedia untuk melepaskan segalanya dan memaafkannya. Saya juga ingin meminta maaf atas apa yang pernah saya lakukan dan harap dia juga begitu.

 

“Saya sayangkan dia dan mahukan yang terbaik untuknya. Bagi saya dia seorang pencipta lagu yang hebat. Jika kami berdua boleh bergabung, mungkin kami berdua boleh mewakili wanita-wanita hebat walaupun ada perbezaan di antara kami.

 

“Ya kita semua boleh lakukan ini!,” jelasnya lagi.

Namun sehingga kini Taylor masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara ini.

Kali terakhir Taylor telah meluahkan rasa kekecewaannya terhadap tindakan Katy yang cuba sabotaj konsert jelajah dunianya pada tahun 2014 di dalam Majalah Rolling Stone.

IKLAN

Walaupun tidak memetik nama sesiapa, ramai dapat agak siapakah individu yang dimaksudkan itu.

Apa pun nantikan apa yang bakal Taylor katakan tentang isu ini.

SUMBER : Huffpost.com