Pelawak dan penyampai radio, Shukri Sahar atau lebih dikenali sebagai Shuk berkongsi satu kejayaan manis buat dirinya di Instagram, semalam.

Katanya, dia berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 13.5 KG dengan bantuan pihak terlibat dalam mendapatkan bentuk badan yang ideal.

“Akhirnya dapat gak merasa pakai size M, selepas turun 13.5KG. P/S: mak paling happy tengok anak dah kurus, mak risau penyakit je akibat kegemukan! Yang jujurnya, saiz L dari saiz XL,” tulisnya.

Kejayaan Shuk itu mendapat pujian daripada para peminatnya.

Ads

Ads

Dalam pada itu, ada juga yang turut meminta tips kurus daripada pengacara I Can See Your Voice Malaysia itu.

Ads

Apa-apapun, tahniah MH ucapkan pada Shuk, sekarang pun ramai yang dah ambil berat soal penjagaan berat badan ini. Mungkin Shuk boleh berkongsi tip-tips menarik? Tak salah berkongsi kan?

Foto/Instagram: Shukri Sahar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI