Aduhai! Semakin menjadi-jadi ya penggodam sekarang ini. Sebelum ini ada kedengaran beberapa selebriti yang menghadapi masalah kerana akaun Instagram mereka digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Kini nampaknya, penyanyi, Lufya Omar pula yang menjadi mangsa apabila akaun Instagramnya pula digodam.

Namun, Lufya yang juga merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia 6 bernasib baik apabila berjaya mendapatkan kembali akaunnnya itu. Dia cuma kehilangan foto dan video serta rakan-rakannya di’unfollow’ sahaja.

“Alhamdulillah, just got back my IG. Tukar nama IG kepada Lufyahaura. Syukur Alhamdulillah pada yang membantu.

“Jahatnya orang yang ‘hack’ IG Fya ni, dia delete semua gambar Lufya dan ‘unfollow semua kawan-kawan Lufya.

“Bagi yang dah merajuk sebab di’unfollow’ tu bukan kerja Fya. ‘Its the hacker’. Maaf banyak-banyak,” tulisnya.

Sementara itu, Lufya juga meminta agar rakan-rakannya ‘follow’ kembali dirinya.

IKLAN

“Sila ‘follow’ back dan komen ya. Kalau perasan ‘following’ dan komen korang, Lufya akan ‘follow’ semula,” tulisnya lagi.

‘Akaun Digodam, Habis Semua Gambar Dipadam’- Lufya Tukar Nama IG

Sebelum ini, Lufya menggunakan nama IGnya, Lufyaluvya namun kini ia ditukar kepada Lufyahaura.

IKLAN

Kalau tak silap MH, nama baru IG Lufya ini merupakan gabungan namanya dan anaknya, Laana Haura.

IKLAN

‘Akaun Digodam, Habis Semua Gambar Dipadam’- Lufya Tukar Nama IG

MH harap insiden ini membuatkan para selebriti lain ambil langkah berjaga-jaga. Kalau boleh gunakan ‘password’ yang sukar dan juga pastikan kata laluan sering ditukar setiap 3 bulan sekali bagi mengelakkan perkara ini berlaku.

sumber: IG Lufya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI