Beberapa hari lalu viral tentang luahan hati seorang pelakon hebat, Nam Ron yang berkongsi status di akaun Twitternya meluahkan namanya ditolak oleh sebuah stesen TV popular.

Malah menurut Nam Ron, pelakon, Amerul Affendi juga turut menerima nasib yang sama.

‘Akak Dah Tak Rasa Dik, Pasal Dah Selalu Kena Reject’ – Noorkhiriah Kongsi Selalu Kena Tolak Oleh Stesen TV

Terbaru, menerusi perkongsian pelakon, Noorkhiriah dia telah memuat naik satu screenshot keratan akhbar berhubung isu Nam Ron dan Amerul Affendi.

IKLAN

Menerusi kapsyenya pula, Noorkhiriah berkata dia telah di ‘tag’ pada artikel berkenaan sejak viralnya kes itu.

Katanya lagi, mungkin orang yang ‘tag’ dirinya pada artikel tersebut tahu bahawa dia juga pernah menerima nasib yang sama.

IKLAN

IKLAN

“ada budak tag sy nape msti tag akak dik??brgkali dia pn taw sy kerap kna rejek..dik..akak dh xde rs dik..psl mmg dh slalu kena rejek 1 ms dlu..skrg pn ada rsnya..dh nak sutin ttiba kata nama tk lepas..aikk masa deal ckp smua OK…blh dbilang dgn jari production/pengarah yg btl2 fight klu nk akk dlm cite drg..yg lain..akak fhm msg2 jg peyuk msg2..

 

“fenomena ni bkn skrg dik..dh lama dik..andai engkau hebat cmne pn namun x cukup sifat dmata manusia ttp x dpndang mlainkan wtk itu kena..mcm kena dera,org kg mati laki..ni org pgl lah kita..dan skrg bakat tolak tepi..follower dan komersial look itu penting..pas2 director/editor pecah pala nk edit tuk nmpk vas kt tb jnji mkcik bawang suka..

 

“sy tau ada pgarah/producer ada alasan meka tsendiri namun akak yg bwajah esotik ala2 african ni dah redha dik..cuma nasib akak masih baik..pasai bulan pose ni merasalah blakon #samarinda #nur sjenis cite yg meletup tbaboo..mmg xde lagi cite cenggitu kt msia..

 

“tima kasih tk thingga pada abg @budakijat yg tk putus2 bg rzki wtk hebat pd nor..nak mrasa dgn abg ezad @radiusone_official dgn @hj.zil jelaa klu nk wtk best pn..yg lain kdg ada tp pastu senyap…hahahahahaa

 

apapun yakin dgn rzki Allah 

satu tertutup 10 akan Allah buka
perancangan Allah itu Maha Hebat
Buat abg b2 sabar yerr
biarlah kita direjek manusia
asalkan tidak direjek Allah
sori weiii terbebel
lak pagi ni
oklah..nak mekap..sutin dulu?
mohon..takyah tag ssapa..ini skadar karangan dari sy..sapa2 tag..maaf sy DELETE?,” tulis perkongsian Noorkhiriah.

Bagi MH, bukan mudah untuk bergelar anak seni dan banyak dugaan serta cabaran yang harus ditempuh untuk mereka berjaya.

Apapun MH doakan agar Noorkhiriah, Nam Ron, Amerul Affendi dan semua selebriti di negara kita ini sentiasa dimurahkan rezeki.

Sumber: Instagram Noorkhiriah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI