Penyanyi Ernie Zakri berkongsi sedutan versi pertama lagu sulung ciptaannya bersama Sharon Paul, Gundah menerusi IG TV di Instagram miliknya pada Sabtu.
Sambil mendengar alunan merdu nyanyiannya, kapsyen yang ditulis Ernie juga turut mencuri perhatian.
Jelasnya, dia pertama kali menulis lagu ini sekitar tahun 2016 lalu, namun awalnya tidak berjaya menghabiskan lagu berkenaan kerana segan dan malu.
“My 1st ballad song that I wrote back in 2016-2017. Wanted to write my own story, but somehow I couldn’t do it, segan.
“@sharonpaul_msia berjaya yakinkan saya untuk sit down with her and finish this song. She asked me, kenapa sedih sangat, lagu ni pasal apa? Yang saya mampu bagi jawapan adalah dengan gelak je.Sebab malu nak cakap.
Ads
“But, I know many of us can relate to my story. Sebab sebilangan daripada kita mesti pernah merasa kehilangan yang takkan terganti.
“Sebab tu saya rasa perlu untuk saya ceritakan tentang kisah cinta mereka berdua ini, my lovely grandparents.
“Lagu ni untuk semua orang yang merasai cinta sebenar-benar dengan manusia yang dipinjamkan olehNya,” tulisnya.
Ads
Ernie mempertaruhkan Gundah di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), bersaing bersama 11 buah lagu terpilih lain.
Dia pada masa sama turut mendoakan agar peminat terhibur dan percaya rezeki.
“Semoga esok semua terhibur. Saya nak nyanyi baik baik je. Selebihnya, rezeki daripada Allah SWT.
“Terima kasih untuk sambutan #GUNDAH . Lagu pertama saya, dan tidak akan jadi lagu terakhir. I’ll be back with more songs,” azamnya.
Ads
Meninjau ke ruangan komen, rakan selebriti dan peminat turut meniupkan kata semangat buat Ernie dan mendoakan agar persembahannya di AJL35 dipermudahkan.
Entri berkenaan sehingga kini telah pun didengari hampir 40,000 kali.
Foto: Ernie Zakri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Ezlynn mengakui dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki bukan Melayu lebih setahun lalu.
Menyifatkan hubungan mereka masih lagi baru, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Hi Hi Bye Bye ini senang berkawan dengan si dia yang juga seorang pekerja swasta itu kerana sikapnya yang memahami dan berfikiran matang.
Ezlynn atau nama sebenar, Azline Ariffin, 39, bagaimanapun berserah kepada takdir apabila berkongsi bicara mengenai soal jodoh.
“Ya, saya sedang berkawan dengan seseorang. Dia bukanlah VIP, orang biasa sahaja. Masih saling mengenali dia dan keluarganya. Dia pun solo dan usianya beberapa tahun lebih muda daripada saya.
“Bagi saya, dia seorang yang matang dan memahami. Kami berkenalan sekitar setahun dua. Bertemu ketika kami saling bermain badminton, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
“Apa yang boleh saya kongsikan setakat ini, kita berkawan. Saya berserah, kalau Dia kata itulah jodoh saya, saya terima,” katanya kepada MH.
Ditanya sejauh mana keinginannya untuk kembali bergelar isteri selepas berpisah dengan bekas suami yang juga pengurusnya pada ketika itu, Adam Fahmy pada Oktober 2017, Ezlynn mengakui bukan mudah untuk kembali membina perhubungan baru.
“Percubaan untuk mengakhiri zaman solo itu ada. Cuma bila ia tidak menjadi, membuatkan saya sedar sebenarnya kalau bergelar janda dalam tempoh lama, situasi itu menjadi agak sukar untuk memulakan perhubungan baru.
“Bila kita sudah tahu apa yang hati kita ingini dan bila sudah tahu apa kelemahan seseorang lelaki itu… Kalau anda berada di tempat saya, mungkin anda tidak akan beri si dia peluang kedua atau ketiga dah.
“Kalau buat silap sekali, ‘bye-bye’ lah. Jadi hal itu sukar buat saya sebab kita dah tahu apa yang kita mahukan dalam perhubungan. Mungkin juga saya selesa dengan status begini. Sebab saya sejak dulu sudah pun ‘survive’ sendiri. Kita tidak menyusahkan orang.
“Sudah selesa, gembira macam ni. Kalau si dia datang nak buatkan kita gembira tak apalah, tapi kalau datang nak memeningkan atau menyusahkan, tidak payah.
“Kalau ada yang boleh menggembirakan saya, Insya-Allah saya terimanya dengan hati terbuka,” katanya.
Ezlynn ditemui pada majlis pelancaran Sabun Toyyib, sabun pewangi dengan tekonolgi Endcap pertama di Malaysia dan berstatus halal di Klang, Selangor pada Rabu.
Menyokong perniagaan yang diusahakan peniaga bumiputera, Ezlynn turut sama teruja dengan pelancaran produk pembersih berkenaan, apatah lagi ia menekankan elemen halal yang pastinya boleh digunakan tanpa ragu oleh semua lapisan masyarakat.
Syarikat yang mengeluarkan siri produk pencuci ini sudah ebih setahun beroperasi dengan lima variasi termasuk sabun pencuci pakaian dengan kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pengarah Syarikat Norshahila Mohd Noor bersama suami, Naim Saidon yang membangunkannya bersama Faiz Hairudin, optimis menegaskan, sebagai syarikat milik penuh bumiputera, produk Sabun Toyyib mempunyai kelebihan tersendiri dengan empat fungsinya iaitu pembersih, pelembut, pewangi dan anti-bakteria.
“Kami bangga kerana produk kami memenuhi kriteria berish dan suci untuk pengguna serta memberikan kesan terbaik,” katanya.
Pada masa sama, Sabun Toyyib turut membuka peluang perniagaan dan mempunyai lebih 3,000 orang Mater Sokis, Stokis, Master Ejen dan Ejen di Seluruh Malaysia.
Selain pencuci pakaian, Sabun Toyyib turut mempunyai produk lain seperti Dishwash Lemon, Hand Wash, Hand Sanitizer dan Multipurpose Spray.
Sehingga kini, Sabun Toyyib telah pun terjual lebih 100,000 botol sejak ia diperkenalkan di pasaran dan optimis untuk meluaskan lagi pemasarannya ke seluruh negara menjelang akhir tahun ini.
Sabun Toyyib dijual di dalam dua saiz berbeza iaitu 4 kilogram (RM20) dan 10 kilogram (RM30).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sepanjang berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke-35 pada Ahad, pelakon, Syafiq Kyle menjadi antara selebriti yang aktif meberikan komen untuk setiap persembahan artis bertanding.
Ini termasuk responnya terhadap persembahan lagu Belenggu Rindu nyanyian duet Datuk Jamal Abdillah bersama Wany Hasrita.
Selain memuji kemantapan vokal yang dimiliki oleh Datuk Jamal, pelakon filem, Pusaka ini turut meyifatkan Wany pada malam tersebut kelihatan sangat cantik lebih-lebih lagi apabila mengenakan tudung bawal.
The legendary Abg Jamal and cantik manis Wany bertudung bawal pink. Manis bethol ya #belenggurindu#AJL35
“The legendary Abang Jamal and cantik manis Wany bertudung bawal pink. Manis bethol ya #belenggurindu #AJL35,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon berusia 29 tahun itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Malah, Syafiq turut dilihat sempat berseloroh menjangkakan tudung bawal bewarna merah jambu pasti akan laris di pasaran terutamanya selepas Datuk Jamal dan Wany diumumkan sebagai pemenang tempat ke-3 anugerah berprestij itu.
Haaa sudah, semua nak cari bawal pink esok ni! 🤭 #AJL35
“Haaa sudah, semua nak cari bawal pink esok ni! #AJL35.
“Capik berani jamin bawal pink habis esok! Tahniah tempat ke-3 Abg Jamal & @wanyhasrita_ ! #AJL35,” katanya lagi
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat komen tersebut malah ada juga yang sudah pun memasang niat untuk turut sama memakai tudung bawal bawal berwarna merah jambu selepas ini.
Antara yang turut sama memberikan respon terhadap komen yang diberikan oleh Syafiq itu termasuklah pelakon dan pengacara, Mira Filzah.
“Kemahinnnnnnnnn capikkk,” katanya.
Terdahulu, lagu Gila nyanyian Kaka Azraf, Loca B dan Noki diumumkan sebagai juara utama AJL35 manakala tempat kedua pula diungguli Aina Abdul menerusi lagu Semalam.
Bagi kategori Vokal Terbaik, juri telah sepakat memilih Ernie Zakri sebagai pemenang dan Persembahan Terbaik pula dimenangi Zizi Kirana menerusi lagu EH, hasil undian penonton.
Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus memaklumkan baru-baru ini ada menjalani rawatan terapi tulang belakang yang dikendalikan salah seorang sahabatnya.
Sewaktu menjalani rawatan tersebut, Aril dinasihatkan untuk kerap melakukan senaman supaya tubuh badannya sentiasa berada dalam keadaan cergas.
“Kebetulan aku ada seorang sahabat yang pandai buat terapi tulang belakang ni, kira macam chiropractic juga dan berbekam. So, aku pun buat treatment dengan dia dan dia cakap pergilah bersenam.
“Keluarkan peluh malas ni. Dah tua-tua ni ternak lemak buat apa? Hahaha. Then aku pun buat keputusan untuk tak nak makan ubat tapi bersenam,” katanya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Menatap Matamu itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik di ruangan Instagram stories.
Selain untuk mengekalkan tahap kecergasan, Aril turut mendedahkan antara sebab mengapa dia harus kekal aktif adalah bertujuan untuk mengelakkan dirinya daripada terus mengalami ‘anxiety attack’.
Katanya lagi, ‘anxiety attack’ ini bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang remeh kerana kesannya boleh mendatangkan kemudaratan di kemudian hari.
“Tujuan aku ikhlas cuma nak share pengalaman. Tak best kena anxiety attack ni dan tak nak korang rasa benda yang sama. Yang mana masih ada rezeki dan pekerjaan, pendapatan tetap bersyukur dan hargailah,” kongsi lagi.
Sementara itu, adik kepada penyanyi Allahyarham Izwan Pilus ini turut dilihat sempat menitipkan kata-kata semangat buat mereka yang mengalami masalah yang sama sepertinya.
“Yang masih survive untuk terus hidup macam aku ni atau lebih worst dari apa yang aku lalui, aku doakan semoga Allah S.W.T limpahi rezeki yang halal untuk korang semua.
“Jangan give up. Moga ada sinar hujung kegelapan. Amin! Terus kekal sihat ye guys,” akhirinya.
Sumber: Instagram Aril Pilus
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.