Ads

Aishwarya Rai Nafi Anak Tunggalnya Miliki Akaun Media Sosial

Aktres terkenal Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan, menegaskan bahawa anak perempuannya, Aaradhya, tidak mempunyai sebarang akaun media sosial, sekali gus menolak kewujudan halaman yang menggunakan nama dan imej anaknya itu di pelbagai platform.

Menurutnya, walaupun sebahagian halaman itu mungkin diwujudkan oleh peminat yang berniat baik, ia bukan akaun rasmi yang diwujudkan secara rasmi untuk Aaradhya.

Perkara itu diperjelaskan sendiri oleh Aishwarya ketika menghadiri Red Sea Film Festival, selepas beliau ditanya mengenai kewujudan akaun palsu yang kerap disangka sebagai milik Aaradhya.

“Perkara yang tersebar di luar sana, kadang-kadang orang percaya itu miliknya, tetapi bukan. Itu bukan akaunnya. Ada kemungkinan peminat yang mewujudkannya, saya rasa.

Ads

“Sudah tentu ia lahir daripada rasa kasih terhadap Aaradhya, keluarga saya, suami saya dan saya sendiri, dan terima kasih atas semua kasih sayang itu, namun itu bukan akaunnya. Aaradhya tidak berada di media sosial,” kongsinya seperti dilapor media tempatan India.

Aishwarya Rai Nafi Anak Tunggalnya Miliki Akaun Media Sosial

BACA JUGA: Bukti Dirinya Masih ‘Berbisa’, Aishwarya Rai Raih Anugerah Pelakon Wanita Terbaik IIFA Utsavam 2024

Ads

Aishwarya turut mengucapkan terima kasih atas sokongan peminat, namun menasihati orang ramai supaya tidak mudah menganggap setiap akaun yang menggunakan nama atau gambar Aaradhya sebagai rasmi.

Beliau mengingatkan bahawa dalam era digital kini, identiti seseorang mudah disalah guna atau disalahtafsirkan, justeru masyarakat perlu lebih berhati-hati ketika menilai maklumat yang tersebar dalam talian.

Ads

Imbas kembali, Aaradhya yang merupakan anak tunggal Aishwarya Rai dan Abishek Bachaan dilahirkan pada 16 November 2011 dan kini sudah memasuki usia 14 tahun.

Biarpun belum lagi menceburi dunia seni seperti kedua orang taunya, penamplan Aaradhya sentiasa mencuri tumpuan lensa paparazi apabila sering muncul bersama ibunya di majlis-majlis penting.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Kalau Betul, Tiap Minggu Dapat Nombor Satu,” – Bukan Anak Emas...

Penyanyi Nubhan menolak dakwaan dirinya merupakan ‘anak emas’ juri atau produksi Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) selepas kerap menerima markah tinggi setiap minggu.
error: Hello. Cannot.