Aishah Kesal Dihina ‘Ustazah Hamidah’

MH ada terbaca luahan penyanyi, Aishah yang ditelah dihina oleh seorang pengguna laman sosial Facebook yang menggunakan nama samaran Ustazah Hamidah. Betul ke seorang ‘ustazah’ tu?

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin juga telah meluah rasa kesalnya dengan memuat naik paparan skrin kata-kata kesat yang dilemparan seorang ‘ustazah’ terhadapnya.

Malah, Aishah juga berkata perbuatan yang ditunjukkan ‘ustazah’ tersebut tidak melambangkan keperibadian seorang usatazah. Dia turut memohon agar ‘ustazah’ tersebut diberikan hidayah oleh Allah.

IKLAN

“Beginikah akhlak seorang yang berani mengaku dirinya sebagai seorang ‘ustazah’. Semoga Allah memberi hidayah kepadanya.” Tulisnya di laman tersebut.

Bagaimanapun pada ruangan komen, pengikut meminta Aishah supaya tidak menghiraukan ‘Ustazah Hamidah’ dan menyuruh finalis GV 4 itu fokus pada persembahan akhirnya.

Dalam pada itu Aishah turut memuat naik paparan skrin komennya kepada ‘Ustazah Hamidah’ yang mencabar wanita tersebut bersemuka dengannya.

“Meh jumpa saya wahai Ustazah Hamidah kalau nak maki orang biar depan-depan. Ke nak ticket free ke Gegar Vaganza. Jomlah saya panggil crew Astro shoot nak jumpa sangat, tatap wajah ustazah ni yang senang-senag membinatangkan orang lain.” katanya lagi

Aishah turut memberitahu dia tidak akan mengampunkan setiap kata-kata yang dilemparkan seorang ‘ustazah’ terhadapnya.

IKLAN

Bagaimanapun, Aishah juga berkata kepada pengikutnya supaya tidak risaukan dirinya dan dia boleh terus fokus untuk malam akhir Ahad ini.

Aishah bakal bersaing merebut takhta juara GV 4 bersama penyanyi lain, Liza Hanim, Hazami, Lan Solo, Tia Jinbara dan Firman Siagaman yang akan berlangsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru.

Apapun, MH harap Aishah dapat bersabar dengan kata-kata kesat yang dilemparkan individu terbabit dan terus fokus untuk malam final nanti.