Selepas lapan minggu berentap dan memerah idea untuk menghasilkan persembahan terbaik, kumpulan Nanas akhirnya dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar musim ke-5 (MLS5).
Kumpulan yang dianggotai oleh pelawak Achey, Namie dan Shashic berjaya mengetepikan cabaran daripada tiga kumpulan lain sekali gus membawa pulang hadiah utama berjumlah RM150,000 beserta trofi.
Menurut Achey, MLS5 merupakan pertandingan terbaik yang pernah disertainya selama ini.
Sementara itu, anggota kumpulan Nanas, Namie turut dinobatkan sebagai penerima anugerah Superstar Paling Gempak MLS5
Kumpulan Roda telah muncul selaku naib juara seterusnya meraih hadiah
wang tunai RM75,000 dan trofi.
Ads
Tempat ketiga yang menawarkan hadiah sebanyak RM50,000 serta trofi pula telah berjaya dimenangi oleh kumpulan Kimbab.
Manakala, kumpulan Puteh yang dianggotai oleh Ali, Mamak dan Aretoy terpaksa berpuas hati untuk meraih tempat ke-4 seterusnya membawa pulang hadiah berjumlah RM25,000 dan trofi.
Pentas akhir MLS5 telah berlansung dengan gilang gemilang di Royal Theatre, Shah Alam.
Ads
Segmen Persembahan Akhir
Pada malam ini, kesemua kumpulan membuat persembahan sebanyak dua pusingan yang bertemakan ‘Tempat Tumpuan Pelancong’ dan ‘Lokasi Saya Sekarang’.
Ads
Semua finalis MLS5 diadili 75 peratus juri tetap iaitu Zizan Razak, Bella Astillah dan Datuk Aznil Hj Nawawi manakala 25% lagi adalah daripada undian penonton.
Pentas akhir yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal itu juga turut dimeriahkan dengan persembahan pembukaan oleh artis jemputan kumpulan KOI.
MLS5 disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan boleh ditonton menerusi platform Astro One dan sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suami kepada pelakon, Ummi Nazeera, iaitu Dr. Izzar Anwari, meluahkan rasa terkilan terhadap sikap segelintir pihak yang gemar membuat andaian tanpa usul periksa serta menabur fitnah terhadap staf-staf di hospital atau klinik kesihatan.
Mengulas isu tular mengenai aduan bahawa tiada staf bertugas di kaunter fasiliti kesihatan pada waktu tengah hari, Dr. Izzar menjelaskan, tempoh masa tersebut merupakan waktu rehat rasmi seperti yang telah ditetapkan dalam waktu operasi.
“Sudah nak masuk 2026 tapi masih ada yang petik kaunter di fasiliti kesihatan tiada staf pada waktu rehat tengah hari?
“Kaunter hospital (bahagian kecemasan), staf tengah uruskan kes kecemasan. Syukur anda masih mampu menunggu sambil ambil gambar kaunter.
“Kaunter klinik kesihatan pula, staf tengah rehat, makan atau solat. Mereka juga manusia. Perlu rehat,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh Dr. Izzar menerusi satu hantaran di aplikasi Thread.
Dalam masa sama, Dr. Izzar turut menyeru semua staf kesihatan agar terus cekal dan ikhlas menjalankan tanggungjawab, walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai persepsi negatif masyarakat.
“Kepada semua staf-staf kesihatan, memang kita sentiasa diuji dengan ketidakpuasan hati individu-individu yang membuat komen tanpa usul periksa hal sebenar (tabayyun).
“Tak mengapa, itu masalah mereka. Yang penting kita sendiri, rakan sekerja, serta bos kita tahu apa kita buat itu tak salah.
“Sentiasa ikhlaskan diri dalam bekerja. Biarlah apa orang nak kata. Yang penting, kita cari rezeki yang halal untuk keluarga kita.
“Kita tak boleh ubah mereka. Tapi kita ubah mentaliti kita. Bertabah semua. InsyaAllah,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Dr. Izzar turut menegur masyarakat agar lebih bertanggungjawab terhadap setiap hantaran yang dikongsi di media sosial, khususnya membabitkan maklumat berkaitan perkhidmatan kesihatan awam.
“Kita kena ubah benda ini. Nak kongsi suatu berita tanpa mengesahkan dahulu kebenaran berita tu dikira fitnah la kan.
“Mungkin dalam mengejar nak viral kita lupa jati diri, integriti dan kesan fitnah kepada yang difitnah.
“Moga kita semua dijauhkan. Termasuk diri saya sendiri,” akhirinya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Thread Dr. Izzar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas sekian lama dinantikan pencinta seni, karya agung Uda dan Dara kini kembali menghiasi pentas dan kali ini dalam versi muzikal yang lebih segar, moden dan sarat emosi.
Istana Budaya mengumumkan bahawa pementasan baharu ini akan berlangsung dari 20 hingga 23 November 2025 di Playhouse Theatre, The Campus, Ampang, menjadikannya antara produksi paling dinantikan.
Teater muzikal ini merupakan adaptasi daripada naskhah Sasterawan Negara, Allahyarham Dato’ Dr. Usman Awang, sebuah karya yang sejak dahulu menjadi simbol cinta dua darjat dan perjuangan menentang ketidakadilan sosial.
Kali ini, pementasan diberi suntikan tenaga baharu tanpa menghilangkan keaslian bahasa puitis yang menjadi identiti karya tersebut.
Kolaborasi Penuh Makna Istana Budaya & Mekar Budaya
Pementasan ini direalisasikan menerusi kolaborasi antara Istana Budaya dan Pertubuhan Rumpun Seni Mekar Budaya (Mekar Budaya), sebuah NGO seni persembahan yang telah lama memperjuangkan naskhah-naskhah sastera besar tanah air.
Kerjasama ini bukan sekadar produk seni, tetapi usaha bersama memupuk minat generasi muda terhadap karya klasik tempatan.
Mekar Budaya, yang ditubuhkan pada 2002 oleh Allahyarham M. Nasri Ayob dan Dr. Marlenny Deenerwan, sudah lama sinonim dengan pementasan berkualiti dan dokumentari kesenian.
Jadi, tidak hairan apabila produksi kali ini dipandang sebagai antara adaptasi paling besar bagi Uda dan Dara dalam era moden.
Antara fokus utama pementasan ini adalah untuk mengangkat semula keindahan Bahasa Melayu puitis sejajar dengan sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan.
Selain itu, ia turut bertujuan memperkenalkan kembali karya Usman Awang kepada audiens muda yang mungkin belum sempat menelusuri naskhah asal.
Walaupun diberi wajah kontemporari, produksi ini mengekalkan roh asal Uda dan Dara. Elemen tradisional seperti muzik dan tarian Melayu tetap menjadi teras persembahan, namun digabungkan dengan gaya muzikal moden untuk menambah energi dan jiwa pada pementasan.
Pengarah Dua Generasi, Pelakon-Pelakon Hebat
Produksi ini diarahkan bersama oleh Nik Muhamad Faiszulikwan (Istana Budaya) dan Dr. Marlenny Deenerwan (Mekar Budaya), dengan Aqil Rozai bertindak sebagai Penolong Pengarah.
Barisan pelakonnya pula bukan calang-calang, antaranya Johan As’ari (Uda), Zera Hariz (Dara), Jay Iswazir, Farah Ahmad, Azwan Hassan, Sara Sulaiman dan Amerul Affendi. Kesemua mereka dipilih bagi menghidupkan kembali watak-watak ikonik dalam naskhah ini.
Kisah cinta tragis Uda dan Dara tidak pernah lapuk. Ia mengisahkan cinta dua darjat yang berdepan halangan, penindasan, dendam dan pengorbanan.
Uda, seorang pemuda kampung yang miskin, jatuh cinta terhadap Dara, gadis bangsawan yang menjadi rebutan. Konflik makin memuncak dengan campur tangan Alang Bakhil, seorang tokoh kaya dan tamak yang tidak pernah berpihak kepada golongan marhaen.
Klimaks tragisnya mengembalikan mesej besar yang cuba disampaikan Usman Awang bahawa cinta sejati, maruah dan kemanusiaan jauh lebih bernilai daripada harta, kuasa atau kedudukan sosial. Tema ini kekal relevan biarpun era berubah, menjadikan karya ini tidak pernah ketinggalan zaman.
Dari aspek teknikal, pementasan ini tampil dengan visual lebih dramatik hasil penggunaan teknologi pencahayaan moden, sistem bunyi berkualiti tinggi serta rekaan pentas yang kreatif.
Namun begitu, elemen tradisional tetap dikekalkan, khususnya melalui kostum dan set berasaskan budaya Melayu yang memberi sentuhan nostalgia kepada penonton.
Pementasan akan berlangsung selama empat hari dengan lima persembahan, termasuk tiga persembahan malam dan dua slot matinee.
Tiket dijual pada harga antara RM40 hingga RM150 melalui platform CloudJoi, dengan diskaun 15 peratus ditawarkan kepada warga emas, penjawat awam, pelajar dan golongan OKU. Tidak mustahil tiket akan habis lebih awal memandangkan sambutan terhadap karya klasik selalu menggalakkan.
Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian tiket, orang ramai boleh melayari portal serta media sosial rasmi Istana Budaya.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Primadona, Noor Kumalasari dipilih sebagai Nafesa Première Showcase Muse, mempersembahkan kemewahan serta warisan yang tidak lapuk dek zaman.
Berkongsi mengenai pemilihannya sebagai ‘muse’ bagi pengenalan jenama berkenaan, bintang yang pernah mencipta sensasi pada era 70an hingga 90an itu mengakui rasa teruja atas penghormatan tersebut.
“Pada awalnya, saya terkejut apabila dihubungi pihak mereka. Saya tanya, betulkah mahukan saya? Maklumlah saya sudah berusia dan ramai lagi pendatang baharu yang lain.
“Namun apabila Tuan Said beritahu ibunya sendiri yang pilih dan mahukan saya untuk ambil amanah ini, saya rasa terharu.
“Seronok dan teruja pada masa sama dapat bekerjasama dengan ‘team’ Nafesa. Syukur Alhamdulillah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Nafesa di The Agam, Sungai Penchala, pada Sabtu.
Sementara itu, Nafesa yang kini dilancarkan secara rasmi sebagai jenama yang lahir daripada kasih seorang ibu.
Nama Nafesa itu sendiri diinspirasikan daripada nama ibu pengasas, Naveesof, melambangkan kelembutan, ketabahan dan nilai seorang wanita yang begitu berharga.
Segalanya bermula di Arafah, iaitu ketika doa, rintihan jiwa dan ingatan terhadap kasih ibu membawa kepada satu ilham suci. Inspirasi itu kemudiannya dilakar di atas kanvas, dan hari ini menjadi permulaan baharu di Saudagaar Asia.
Menampilkan identiti wanita profesional, yakin dan berwibawa, Nafesa meraikan pesona wanita moden dengan gaya yang anggun dan bercitarasa tinggi.
Pada masa sama, Nafesa turut menampilkan koleksi The Alhambra Monogram yang diinspirasikan daripada seni bina Istana Alhambra di Granada.
Ia diangkat sebagai simbol kehalusan seni Islam, kemewahan dan kekuatan tamadun.
Setiap corak dalam koleksi ini menyampaikan mesej tersendiri, disempurnakan dengan penggunaan fabrik satin premium yang lembut, ringan, tidak jarang, mudah dibentuk dan amat selesa dipakai.
Rekaannya yang ‘timeless’ sesuai digayakan oleh semua wanita Asia serta tidak tertumpu kepada satu trend semata-mata.
Nafesa dihadirkan untuk menginspirasikan setiap wanita agar berasa cantik, lengkap, yakin dan bernilai.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Pengacara dan penyanyi Roslan Shah, atau lebih mesra disapa Cik Lan, tampil dengan kejutan istimewa sempena musim perayaan tahun ini apabila melancarkan muzik video...