Uncategorized

Ainul Aishah Dikecam Pakai Baju Terlalu Ketat

Share

Nampaknya baru-baru ini nama pelakon cantik, Ainul Aishah menjadi bualan apabila mengenakan gaun berwarna nude dan agak ketat sehinggakan menampakkan bentuk seluar dalamnya.

Terdahulu, Ainul juga pernah mencetuskan kontoversi gara-gara memakai gaun satin dan seperti tidak memakai pakaian dalam.

Menerusi entri di akaun Instagram miliknya, selebriti ini dilihat menghadiri sebuah majlis kosmetik antarabangsa, Lancome.

Majlis itu turut dihadiri Neelofa, dimana Neelofa mencatat sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai duta produk kosmetik antarabangsa tersebut.

BACA JUGA > Neelofa, Duta Pertama Berhijab Lancome

Di ruangan komen pelakon itu dihujani ribuan komen daripada pengikutnya di Instagram. Rata-rata berkata penampilan yang dianggap terlampau seksi.

Dalam pada itu, ada juga yang memuji bentuk badan Ainul kelihatan ramping dan cantik.

Tak hairanlah bentuk badannya cantik kerana pelakon ini sering dilihat ke gym untuk bersenam dan melakukan aktiviti kecergasan.

Selain itu, kehadiran kekasihnya, Khalid Redzuan turut menjadi perhatian ramai kerana kehangatan kisah cinta mereka.

IKLAN