Arena of Stars, Genting Highlands menjadi saksi malam penuh gemilang apabila Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) menobatkan Aina Abdul sebagai pemenang besar bagi edisi kali ini dengan kemenangan empat trofi.

Lagu ciptaan sepenuhnya Aina yang berjudul Jangan Mati Rasa Itu diangkat sebagai pemenang bagi kategori Lagu Terbaik, Lagu Pop Terbaik serta Vokal Wanita Terbaik.

Aina turut diumumkan sebagai pemenang kategori Rakaman Album Terbaik (Imaji Deluxe Edition) pada malam Pra-Anugerah sehari sebelumnya.

Selain Aina, Dayang Nurfaizah turut mencipta kejayaan tersendiri apabila meraih Album Terbaik menerusi Belagu IIserta kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Semua Bahasa) dengan lagu Rindu Menyapa.

Trofi tersebut melayakkan Dayang menerima Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM200,000 daripada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures (MyCV).

Sementara itu, Faizal Tahir pula membawa pulang tiga kemenangan menerusi Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik bersama Datuk M. Nasir menerusi Campak Bintang, Lagu Nasyid Terbaik (Biar Satu Dunia Tahu) bersama Mirwana dan Lagu Perpaduan Terbaik (Bendera).

Tidak ketinggalan, Ernie Zakri pula memenangi kategori baharu Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis atau Komposer Luar Negara Terbaik menerusi Masing-Masing ciptaan Ade Govinda, selain meraih Rakaman Lagu Terbaik untuk Aura.

Kejutan Artis Baharu & Penghargaan Buat Siti

Mencipta kejutan, Reynald Guntabid muncul sebagai Artis Baru Terbaik dan Vokal Lelaki Terbaik menerusi Lumangad Oku Dika.

Malam penuh berprestij ini turut memberi penghormatan kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menerima Anugerah Sri Wirama.

Acara bertemakan Kemuncak Segala-Galanya ini dikendalikan oleh pasangan hos serasi, Sherry Al-Hadad dan Alif Satar, serta disiarkan secara langsung di TV2 dan portal RTM Klik.

Pentas turut dimeriahkan persembahan artis ternama termasuk Siti Nurhaliza, Ernie Zakri, Exists, Shila Amzah, Black Hanifah, Masdo, Dolla, serta penyanyi hip hop Thailand, Tobii.

Berikut ialah senarai pemenang AIM24;

Vokal Wanita Terbaik: Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu) 

Ads

Vokal Lelaki Terbaik: Reynald Guntabid (Lumangad Oku Dika)

Artis Baru Terbaik: Reynald Guntabid (Lumangad Oku Dika)

Vokal Kumpulan Terbaik: Inteam (Nasab Nabi). 

Kugiran Terbaik: Mafidz (Teleportasi)

Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik:  Faizal Tahir dan Datuk M Nasir (Campak Bintang)

Muzik Video Terbaik: Vodoo (KRU)

Kategori Runut Bunyi Terbaik Di Dalam Filem atau Drama: Hasrat (Amir Jahari)

Lagu Rock Terbaik: Saksama (Akim & The Majistret)

Ads

Lagu Pop Terbaik: Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul)

Lagu Rap/Hip Hop Terbaik: Dannok (Salammusik dan Namewee)

Lagu Pop Elektronik Terbaik: Angkat (Mimifly)

Lagu Inggeris Terbaik: My Home Is In Your Arms (Daiyan Trisha)

Lagu Cina Tempatan Terbaik: Divorce In Ghana (Firdhaus)

Lagu India Tempatan Terbaik:  Pothum (Sheezay Hashmita)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara: Bertengkar Manis (Rossa dan Barsena Bestandhi)

Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis atau Komposer Luar Negara Terbaik:  Masing-Masing (Ernie Zakri dan Ade Govinda)

Ads

Lagu Nasyid Terbaik: Biar Satu Dunia Tahu (Faizal Tahir dan Mirwana)

Lagu Etnik Terbaik:  Cinta Setandan Pisang (Den Manjo dan Eda Ezrin)

Lagu Perpaduan Terbaik: Bendera (Faizal Tahir)

Lagu Tradisional Terbaik: Canda Citra Cinta (Hazra)

Album Terbaik: Belagu II (Dayang Nurfaizah)

Lagu Terbaik: Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Semua Bahasa): Rindu Menyapa (Dayang Nurfaizah)

Kulit Single/Album Terbaik: Iman (Ismail Izzani)

Rakaman Album Terbaik: Imaji Deluxe Edition (Aina Abdul)

Rakaman Lagu Terbaik: Aura (Ernie Zakri)

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads