Ads

Aiman Tino Ditangkap Khalwat?

Heboh di media sosial mengaitkan penyanyi remaja, Aiman Tino yang dikatakan ditangkap khalwat bersama seorang gadis dalam kereta, malam tadi, sekitar kawasan Subang.

Aiman atau nama sebenarnya, Mohammad Aiman Yusri, 19, berkata dia juga terkejut dengan penyebaran berita palsu ini.

Aiman yang ditemubual portal online berkata dia diberitahu mengenai cerita khalwat ini oleh peminat yang khuatir sama ada ia benar atau sebaliknya.

Ads

Namun, dia juga berterima kasih kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan khabar angin ini.

“Saya sedang melepak bersama-sama kawan di Ampang untuk berbincang mengenai lagu, jadi bagaimana timbul cerita ditangkap khalwat pula? Berita yang tersebar ini boleh mencalarkan imej saya kerana secara tidak langsung pasti ada yang mempercayainya.

 

“Namun, saya memilih untuk tidak melatah dengan cerita yang timbul ini bagi mengelakkan ia menjatuhkan semangat saya.

 

“Apa yang pasti, keluarga tahu perkara itu tidak benar sama sekali . Saya sendiri pun masih lagi tinggal bersama mereka,” katanya lagi.

Kontroversi ini tercetus apabila sebuah blog yang menyiarkan kononnya seorang penyanyi remaja lelaki yang juga finalis Anugerah Juara Lagu 31 ditangkap khalwat.

Ads

Aiman Tino Ditangkap Khalwat?

Ads

Malangnya, tempiasnya terkena kepada pelantun lagu Aku Rela Dibenci itu.

Sumber: Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Syurga Saya Tetap Di Bawah Tapak Kaki Dia,” – Anna Jobling...

Pelakon, Anna Jobling memanjatkan rasa syukur apabila hubungannya bersama ibu tercinta, Ariz Raop kini sudah kembali pulih.
error: Hello. Cannot.