Uncategorized

Aiman Tino Bakal Dapat Adik Lagi

Share

Walaupun menjadi individu terakhir yang dimaklumkan, Aiman Tino, mengakui teruja apabila bakal dikurniakan adik ke-11, awal tahun depan.

Ini kerana, ibunya, Hazelina Mat Jalil, 41, disahkan hamil tiga bulan selepas menjalani pemeriksaan di hospital.

“Rupa-rupanya, ahli keluarga yang lain semua dah tahu berita ini. Saya adalah orang terakhir yang dimaklumkan.

 

“Ketika itu, ibu menghubungi saya yang dia baru pulang dari hospital dan disahkan hamil.

 

“Saya terkejut tapi gembira apabila ahli keluarga kami akan bertambah. Saya harap semuanya akan berjalan lancar,” katanya kepada Media Hiburan.

Lantaran itu, pelantun lagu Ku Rela Dibenci ini menghalang ibunya untuk menemaninya ke sebarang acara seni atau melakukan tugas berat.

“Saya mahu ibu berehat dan menjaga kandungannya.

 

“Lagipun, persembahan pun memang tak tentu masa dan ada kalanya hingga lewat malam,” katanya.

Pada masa sama, selebriti berusia 19 tahun ini berhasrat menjadikan adiknya itu sebagai ‘anak angkatnya’.

“Ibu dijangka bersalin awal tahun depan. Saya beritahu ibu, saya mahu menjaga segala makan minumnya.

 

“Bukan apa, usia kami pun agak jauh. Jadi, apa salahnya saya menjaganya seperti anak angkat,” katanya.

Aiman merupakan anak keempat daripada 10 adik-beradik iaitu Nur Fara Ain, 23; Mohd. Aidil, 22; Nur Fara Azira, 21; Nur Isfasha, 15; Mohd. Haikal, 11; Nur Alya Mahsuri, 8; Nur Qaseh Mahsuri, 6; Mohd. Ikhwan, 3; dan Nur Nina Izara, 2.

Dalam perkembangan lain, Aiman sedang sibuk mempromosikan single terbarunya,


Ku Hanya Sayang Padamu selain bakal mengeluarkan jenama pakaian sekolah menerusi jenama AT pada hujung tahun ini.

Teks Oleh: Ayu Zainal

IKLAN