Penyanyi Dayang Nurfaizah mendominasi dengan enam pencalonan dalam Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) yang bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, 11 September depan.
Dayang tercalon menerusi album Belagu bagi kategori Kulit Single/Album Terbaik, Rakaman Lagu Terbaik menerusi lagu Tudung Periuk dan Malam Ku Bermimpi, Rakaman Album Terbaik serta dua kategori dalam Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Tudung Periuk dan Malam Ku Bermimpi).
Sementara itu, penyanyi Yonnyboii dan Ernie Zakri pula masing-masing tercalon dalam empat kategori iaitu Ernie tercalon menerusi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Sinar Mata Hati), dua kategori dalam Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu bersama suaminya, Syamel dalam lagu Goodbye Hello dan Berakhirlah Pencarianku duet bersama Hafiz Suip.
Yonnyboii pula menerusi kategori Rakaman Album Terbaik (Deluxe Version), dua pencalonan dalam kategori Lagu R&B/ Hip Hop Terbaik (Tak Sangka & Orang Lain), serta kategori Album Terbaik menerusi album Yonny (Deluxe Version).
Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang juga Jawatankuasa Penganjur AIM23, Rosmin Hashim berkata, AIM23 menerima 650 pencalonan bagaimanapun hanya 105 disenarai pendek bagi 21 kategori yang dipertandingkan.
Ads
“RIM menerima jumlah yang memberangsangkan apabila menerima sebanyak 650 pencalonan untuk karya yang diterbitkan dalam tempoh satu setengah tahun bermula 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2022.
“Ini menunjukkan bahawa industri muzik tempatan berada dalam keadaan baik selepas pandemik. Penambahan beberapa kategori turut menyumbang kepada peningkatan jumlah pencalonan,” katanya kepada MH.
Rosmin ditemui pada majlis sidang media calon Top 5 AIM23 yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Khamis.
Ads
Menurut Rosmin lagi, seramai 113 terbabit dalam penilaian dengan setiap kategori diadili tujuh hingga 10 pakar dalam bidang masing-masing.
Diketuai Datuk Mokhzani Ismail, juri lain adalah Omar K, DJ Fuzz, Adi Priyo, Shah Slam, Datuk Syafinaz Selamat, Fauzi Markuzi, Datuk Acis, Datuk Afdlin Shauki, Mas Idayu, Noryn Aziz dan ramai lagi.
Ads
“Proses penjurian dilakukan secara terperinci dan tiada unsur pilih kasih. Sekiranya juri mempunyai kepentingan dalam sesebuah kategori, mereka tidak akan dibenarkan duduk di kerusi berkenaan.
“Bagi penilaian kategori utama iaitu Rakaman Lagu Terbaik dan Rakaman Album Terbaik, ia dilaksanakan pada 12 Ogos disusuli penjurian kategori lain yang berlangsung pada 15,16 dan 24 Ogos lalu,” katanya.
Sementara itu, arisan artis yang bakal membuat persembahan serta hos AIM23 akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pihak penganjur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon dan penyanyi, Ainul Aishah yang telah pun selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan hati, Khalid Redzuan, Ahad lalu.
Ainul atau nama sebenarnya, Ainul Aishah Azizun, 37, berkongsi momen indah majlis ijab kabulnya bersama ahli perniagaan itu menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Sambil menyatakan rasa syukur, pelakon drama Semerah Cinta Humairah itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang meraikan majlis raja seharinya.
“Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, atas berkat doa semua urusan majlis kahwin kami dipermudahkan dan berjalan dengan lancarnya. I am so thankful for everything, i am finally a wife to the most loving man.
“I am lucky to be around my beloved families & friends on my special day. This memories will last forever in my heart & i would like to say thank you to everyone involved in making my wedding a very special one,” tulisnya sambil disusuli dengan hashtag #KARAfinale.
Sementara itu, Khalid turut menitipkan dedikasi sama menerusi laman Instagram miliknya.
“Two families joined by love. Thank you all for the generosity, love and support you have all shown in making this day finally happen. We truly appreciate you,” tulis Khalid.
Imbas kembali, Ainul dan Khalid menjalinkan hubungan cinta sejak April 2017. Kemudian pasangan sama cantik sama padan ini mengikat tali pertunangan pada Mac tahun lalu.
Dengan sekali lafaz, penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu sah bergelar isteri kepada Penerbit Eksekutif stesen TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, pada jam 10.40 pagi dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Magica Quill Hall, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Pasangan berkenaan dinikahkan Imam dan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur, Ustaz Haji Azizi Abd Hamid sambil berwalikan bapa pengantin perempuan, Mesnun Hassan.
Majlis yang dihadiri kira-kira 100 ahli keluarga terdekat serta kenalan rapat itu menyaksikan Mas Idayu atau nama sebenar, Mas Idayu Mesnun, 50, menerima mas kahwin RM1,001 selain dulang hantaran tujuh berbalas lima.
Jumlah wang hantaran bagaimanapun dirahsiakan atas permintaan keluarga.
“Alhamdulillah saya bersyukur majlis berjalan lancar.
“Terima kasih kepada keluarga, saudara mara dan peminat yang mendoakan kebahagiaan saya selama ini,” katanya kepada MH.
Teruja akhirnya kembali memegang status isteri selepas lebih 16 tahun bergelar ibu tunggal, Mas Idayu berkata dia sama sekali tidak menyangka perkahwinan kali keduanya mendapat perhatian ramai pihak yang sudi menaja.
Secara keseluruhan, majlis akad nikah serta resepsi yang akan diadakan pada malam ini mencecah nilai tajaan sebanyak RM8 juta.
Majlis resepsi bertemakan fantasi itu juga nanti bakal mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) yang hanya akan didedahkan pada malam ini.
Penyanyi lagu Cintaku 100 Percent ini pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 namun bercerai pada 2006.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqah, 24 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bintang ternama Hollywood Leonardo DiCaprio dikhabarkan sedang dalam proses mengenali supermodel terkenal, Gigi Hadid. Berita ini dikongsikan oleh beberapa sumber kepada People.
Leonardo yang kini berusia 47 tahun dilihat semakin dekat dengan Gigi, 27, apabila mereka dilihat meluangkan masa bersama.
Salah satu sumber menyatakan bahawa mereka kini dalam proses mengenali namun masih belum sampai ke tahap bercinta. Manakala sumber lain pula menyatakan, “Apa yang pasti, Leo sememangnya sedang mengejar Gigi.”
Berita hubungan mereka yang semakin dekat ini digembar-gemburkan setelah Leonardo sering dilihat bersama Gigi setelah putus dari kekasihnya, Camilla Moronne. Sebelum itu mereka sudah bercinta selama empat tahun.
Gigi Hadid pula sememangnya diketahui masih solo apabila dia telah memutuskan hubungannya dengan bekas kekasih, Zayn Malik pada 2021.
Mereka yang bercinta selama lebih enam tahun sejak 2015 memiliki seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama, Khai Hadid Malik yang kini berusia 2 tahun.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...