Semalam, MH ada kongsi muzik video (MV) lagu Sufian Suhaimi bertajuk ‘Dimatamu’.

‘Agak-Agak Elfira Tengok Tak MV Sufian?-Netizen

Untuk pengetahuan korang, MV tersebut kini trending di Youtube serta mendapat view melebihi 1 juta dalam masa kurang 24 jam.

Hebat juga penangan lagu tersebut ya? Bukan sahaja liriknya mempunyai makna yang mendalam malah mampu membuatkan sesiapa yang memahami maksud lirik mengalirkan air mata.

‘Agak-Agak Elfira Tengok Tak MV Sufian?-Netizen

IKLAN

Dalam pada itu, apa yang menarik perhatian MH adalah komen-komen netizen sama ada bekas tunang Sufian, Elfira Loy ada menonton MV tersebut.

“Korang rasa Elfira tengok tak MV ni? ‘Like’ sikit kalau korang rasa dia tengok. Bhahaha,” tulis seorang individu.

“Agak-agak Elfira tengok tak ni?” tanya individu lain pula.

‘Agak-Agak Elfira Tengok Tak MV Sufian?-Netizen ‘Agak-Agak Elfira Tengok Tak MV Sufian?-Netizen

 

IKLAN

Ada-ada sahaja netizen ni, tapi memang kalau tengok MV tu, adalah nampak macam kena-mengena jalan cerita dengan kisah hidup Sufian tu.

Sementara itu, Sufian turut memuat naik status di laman Twitter miliknya memberikan penghargaannya terhadap para peminat yang memberikan sokongan.

IKLAN

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar hari ini. Tak sangka meriah juga pelancaran ‘Di Matamu’.

“Trending nombor 1 dan juga 1 juta tontonan dalam masa 14 jam. I love you guys! 23 Mac berjalan dengan lancar,”tulisnya.

‘Agak-Agak Elfira Tengok Tak MV Sufian?-Netizen

Untuk pengetahuan korang juga, tarikh tersebut sepatutnya merupakan hari pernikahan Sufian dan Elfira namun ia bertukar kepada pelancaran MV lagu ‘Di Matamu’ setelah pertunangan mereka putus di tengah jalan.

Apa-apapun, memang best MV dan lagu itu. MH suka sangat!

Sumber: Twitter dan Youtube

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI