Uncategorized

Afieq Shazwan Dimasukkan Ke Hospital, Bakal Jalani Pembedahan

Share

Penyanyi, Afieq Shazwan dilaporkan dimasukkan ke hospital jam 3 petang semalam.

Perkara tersebut turut disahkan oleh syarikat rakamannya, FMC Music menerusi laman Instagram.

“Salam, Untuk pengetahuan semua, Afieq dimasukkan ke Hospital jam 3ptg tadi atas masalah kesihatan yang tak dapat dielakkan.

 

“Afieq akan menjalani rawatan selama beberapa hari di hospital atas nasihat doktor.

 

“Afieq dalam keadaan stabil dan Afieq memohon maaf tidak dapat menjawab semua panggilan kerana doktor menasihatkan supaya Afieq berehat.

 

“Anda boleh menghubungi pihak FMC untuk perkara berkaitan jadual kerjaya Afieq.

 

“Afieq mohon doa kalian untuk kesejahteraan kesihatan Afieq.

Afieq dahulukan ucapan terima kasih atas keprihatinan semua.

 

“Dari pihak fmc, kami mohon maaf.. @afieq.shzwn esok pihak hospital akan melakukan pembedahan kecil keatas diri afieq shazwan.

 

“Doakan agar semuanya berjalan dengan lancar & dipermudahkan.

 

“Kepada pihak media maaf jika panggilan anda tidak dpt saya jawab..kerana saya dinasihatkan oleh doktor utk berehat. Sekian terima kasih,” tulis kenyataan tersebut.

Alahai, sekarang ni memang musim sakit, semoga Afieq cepat sembuh ya!

Foto/Instagram:Afieq Shazwan

IKLAN