Afgansyah Reza atau lebih dikenali Afgan tidak mampu menyimpan rasa kecewanya ketika tampil bersama pemuzik antarabangsa yang lain di Prambanan Jazz Festival 2017 yang telah berlangsung 18 hingga 20 Ogos yang lalu di Yogyakarta.

Penyanyi berkaca mata berasal dari negara seberang itu yang terkenal dengan lesung pipitnya telah menulis panjang melalui Instagram miliknya menyatakan kekecewaannya atas sikap penganjur yang menurutnya tidak profesional dan biadap.

Afgan Dihalau Dari Pentas

Tambah Afgan, sound sistem juga tidak berfungsi dengan baik, pun begitu dia tetap gigih bersama ahli muzik yang lain menghiburkan peminat yang ada.  Namun lebih malang lagi ketika selesai menyanyi lagu yang keempat, tiba-tiba lampu pentas telah dipadamkan walaupun pada waktu itu dia masih lagi berada di atas pentas.

Para peminat yang hadir semata-mata untuk melihat Afgan, ada yang datang dari jauh malah luar Jakarta juga menyalakan lampu flashlight di telefon bimbit masing-masing meminta penyanyi itu meneruskan nyanyian.

IKLAN

Afgan Dihalau Dari Pentas

Afgan berkata perkara sedemikian merupakan pengalaman pertama kali yang dialaminya ketika menjayakan konsert sepanjang bergelar anak seni.

Afgan Dihalau Dari Pentas

IKLAN

“Dari awalnya memang saya sepatutnya membuat persembahan pada jam 8 malam. Malangnya, saya baru dapat naik pentas pada pukul 10 malam, padahal saya sudah standby satu jam awal untuk persembahan. Tapi sebabkan ada artis antarabangsa yang harus membuat persembahan pada masa yang sama, saya yang kena mengalah.

 

“Ketika saya menyampaikan lagu yang keempat, lampu pentas mula dimatikan dan saya dihalau dari pentas.

 

“Akhirnya penonton mula menyalakan lampu flashlight daripada telefon masing-masing sebagai tanda mereka mahu saya terus bernyanyi.

 

“ Moment ini yang buat saya dan anak-anak band terharu, mengubati kekecewaan kami semua. It means the world to us! Sayang sekali padahal acaranya boleh diatur dengan baik, semoga boleh dijadikan pengajaran buat penganjur Prambanan Jazz.

 

“Semoga artis tempatan boleh dihargai sama dengan artis antarabangsa.Cause we’re all just trying to give our best on stage.”tulis Afgan kecewa.

Tidak hanya Afgan yang kecewa, namun sejumlah pengikut pelantun Jodoh Pasti Bertemu di Instagram juga memberi komen rasa simpati sekali gus kecewa dengan sikap penganjur.

Afgan Dihalau Dari Pentas

IKLAN

Afgan Dihalau Dari Pentas

Afgan Dihalau Dari Pentas

Penyanyi itu berasa sangat gembira dan berterima kasih kepada semua yang hadir ketika konsert tersebut dan berharap agar selepas ini akan ada penambahbaikan daripada pihak penganjur.

Afgan Dihalau Dari Pentas

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI