Tahniah diucapkan buat jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri dan pelakon, Afdlin Shauki kerana telah dianugerahkan pangkat baru sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang sebentar tadi.

Afdlin Shauki yang menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk menyifatkan gelaran yang diterimanya itu sebagai pendorong semangatnya untuk lebih aktif untuk membuat kerja amal.

Gang haji saya ada dgn saya masa ambil kurnia. Ini semua berkat doa dia. Love you hajjah mummy.

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

“Namun begitu, penghargaan ini tidak boleh dilihat dari sudut anak seni semata-mata, ada bidang lain yang juga diberi perhatian seperti kerja amal. Saya melihat gelaran ini datang dengan tanggungjawab yang cukup besar supaya kemuliaannya dipelihara,” ujarnya di Istana Abu Bakar.

Malah, Afdlin turut menerima jutaan tahniah di ruangan komen Instagram milknya termasuk daripada rakan artis, antaranya Datuk Eizlan Yusof, Datuk Hans Isaac dan Liyana Jasmay.

IKLAN

Sementara itu, Aliff yang menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri berkata gelaran itu adalah pencapaian yang tidak pernah dijangkakan olehnya.

Buat pengasas dan pemilik D’Herbs Holding Sdn.Bhd, gelaran itu sangat bermakna baginya kerana beliau sendiri adalah anak Pahang, Kuala Lipis.

IKLAN

“Saya memang amat terharu apabila diberikan anugerah ini pada usia 30 tahun. Ini akan menjadi salah satu peristiwa yang tidak mungkin saya lupakan, saya harap anugerah ini akan menjadikan saya lebih murah rezeki dan dikurniakan kebahagiaan,” katanya.

Alhamdulillah… . Terima kasih kepada kedua ibu bapa dan keluarga tercinta yang sentiasa menyokong saya di dalam keadaan yg suka mahupun duka…. Saya tak pernah terfikir dalam usia 30 thn ni saya berjaya mengubah kehidupan saya dan saya percaya semuanya dgn izin Allah… . Banyak pula nanti yg komen ni beli ke dapat ‘baju’ni ? apa sumbangan dia ni kat negara dan mcm2 lagi…apa pun kalau saya rasa sy layak dan mampu dan saya balance kan amalan sy dunia akhirat.. kenapa tidak kan..lagi pun byk benda baik yg sy buat yg sy x share smua benda…..dibelakang anda .. . Saya tidak perlu mnjelaskan apa2 untuk memuaskan hati anda…apa yg paling utama ia semangat saya untuk meneruskan bidang perniagaan kosmetik dan hartanah semakin maju dan berkembang…terima kasih atas ucapan tahniah dan sokongan anda semua..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

IKLAN

Perkongsian Aliff di Instagram itu juga telah menerima lebih daripada 17,000 likes. Rata-rata pengikutnya tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada usahawan itu.

Sumber : Bernama, Instagram  Aliff Syukri, Afdlin Shauki

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI