Uncategorized

Aeril Zafrel, Wawa Zainal Tunjuk Isyarat Lucah?

Share

Pasangan selebriti ini, Aeril Zafrel dan  Wawa Zainal antara pasangan yang sering berkongsi detik-detik manis mereka berdua bersama peminat.Tidak hairanlah mereka sering memuatnaik gambar bersama.

Terbaru, pasangan romantis itu dikecam teruk di Instagram milik isterinya kerana memuat naik foto yang didakwa kurang sesuai kerana dikatakan meniru gaya tidak senonoh.

Wawa yang memuatnaik foto itu dengan bertanyakan mereka meniru gaya siapa.Namun, disalah erti oleh peminat.

“Siapa nye style cam tu tu? Ce tekaaa” tulisnya di kapsyen

Perkongsian itu telah menerima lebih daripada 36,000 likes.Ruangan komen di instagram  juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial.

Walaupun niat untuk bergurau kerana cuba meniru gaya usahawan kosmetik Nur Sajat dan Datuk Seri Vida, rata-rata netizen mengecam gambar pasangan tersebut.

Mereka mendakwa pasangan itu menunjukkan isyarat kurang sopan memandangkan simbol tangan yang dilakukan Aeril mempunyai maksud lucah yang dikatakan seperti alat sulit wanita.

Dalam masa yang sama, mereka meluahkan perasaan kecewa oleh kerana mereka terkenal dengan imej sopan dan islamik.

Sementara itu, Wawa pula ditegur pengikutnya kerana membela kuku panjang dan dikatakan tidak sesuai dengan penampilan seorang muslimah.

Bagaimanapun, ramai yang memuji pasangan ini sentiasa romantik bersama.

Sesiapa sahaja pasti “cair” melihat kemanis dan kemesraan pasangan ini. MH Online doakan semoga mereka berdua kekal bahagia sehingga ke jannah.

IKLAN