Categories: Uncategorized

Adik Eira Syazira, Syafnida Suhaimi Pula Jadi Mangsa Terbaru Dinasihati Netizen, Sebab…

Share

Adik pelakon, Eira Syazira iaitu Syafnida Suhaimi merupakan mangsa terbaru kecaman netizen apabila dia muat naik foto terbarunya di laman Instagram, semalam.

Kisahnya, dalam foto tersebut, Syafnida dilihat memakai skirt pendek atas lutut.

Susulan itu, di ruangan komen kelihatan ada beberapa netizen yang menegur cara pemakaian Syafnida itu.

Bagaimanapun, kalau dilihat pada foto-foto yang sering dimuat naik Syafnida sebelum ini, itu merupakan ‘pakaian hariannya’. Oleh itu, pada MH, soal pemakaiannya ini tidak seharusnya menjadi isu kan?

Sebelum ini, beberapa selebriti sudah terkena tempias kecaman dan ‘nasihat’ netizen berkaitan soal pemakaian ini.

Antaranya adalah Sharifah Sakinah, Scha AlYahya, Ainul Aisyah, Ameera Khan dan ramai lagi. Mungkinlah para artis ini harus diberikan garis panduan dalam soal pemakaian bagi mengelakkan diri mereka terus dikecam.

Foto/Instagram: Syafnida Suhaimi

IKLAN