Uncategorized

Adibah Noor Tak Layan Siapa Yang Panggil Dirinya ‘Kak Bong’

Share

Minggu lalu telah berakhirnya episod drama bersiri, Lafazkan Kalimah Cintamu yang menampilkan Datuk Farid Kamil dan Nelydia Senrose sebagai hero dan heroin bagi drama ini.

Selain daripada Farid dan Nelydia, barisan pelakon yang turut membintangi drama ini adalah seperti, Adriana Adnan, Nadiyah Shahab, Farez Ridzwan, Imam Shah, Adibah Noor dan ramai lagi.

Pelakon dan penyanyi popular, Adibah Noor telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menonton dan menyokong drama ini menerusi akaun Instagramnya.

Namu begitu di dalam posting ucapan terima kasihnya itu, Adibah juga turut menyatakan bahawa jika ada sesiapa yang memanggilnya dengan nama ‘Kak Bong’ iaitu nama wataknya dalam drama ini tidak akan dilayan.

Nampaknya rata-rata peminat Adibah tetap memanggilnya dengan nama ‘Kak Bong’ di ruangan komen.

mummy_d28: alah nk jgk pgl kak bong… sbb nama tu comel… bolehlah bolehlah???

chiyoharino0204: Sayang kak bong forever..suke suke suke watak kak bonggggg…kak bong tak nak layan pon xpe..gapoever lah…kak bong…miss u @adibah_noor

wahidahmustaffa: Kakbong.. Tau tak kakbong punya watak mmg melekat d ht sy.. Kak Adibah punya lakonan mmg terbaik sejak dulu2 lg

nur.aina: Alaaa nak panggil Kak Bong jugak!!! Hehe btw congrats to team LKC! ?

Tak dapat MH nafikan watak Kak Bong yang dilakonkan oleh Adibah sangat bagus sehingga meninggalkan kesan di hati penonton.

Sumber: Instagram Adibah Noor

IKLAN