Ads

Adi Putra Palsukan Sijil Nikah Bekas isteri kedua?

Betul ke MH dengar pelakon, Datuk Adi Putra katanya pernah membuat sijil nikah palsu bekas Isteri kedua, Norshahida Zolkifly?

Memetik Utusan Online, Norshahida telah mendakwa Adi Putra pernah membuat sijil nikah palsu membabitkan diri mereka untuk urusan visa dan perniagaan di luar negara pada awal Januari lalu.

Norshahida telah membuat dua laporan polis berkaitan dengan perkara berkenaan di Balai Polis Nilai pada 30 November yang lalu bagi tindakan lanjut kedutaan negara berkenaan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Ads

Menurut Norshahida, tujuan dia berbuat demikian adalah kerana khuatir sekiranya namanya terpalit dalam sebarang urusan perniagaan yang melibatkan Adi Putra.

Dalam masa sama, Norshahida mendakwa Adi Putra bersama bekas isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof dengan meletakkan namanya (Norshahida) di dalam sijil nikah tersebut.

Ads

“Saya membuat laporan kerana tidak mahu ada sebarang kaitan dengan beliau dan bimbang jika visa itu disalah guna untuk tujuan lain,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, dia tidak membuat laporan polis sebelum Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memutuskan pernikahan mereka berdua tidak sah pada Julai lalu.

Ini kerana Norshahida bimbang sekiranya akan tercetus pergolakan tangga antara mereka berdua.

Ads

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden Azrul Hisham Mohd. Shaffei ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

Sumber: Utusan Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Syurga Saya Tetap Di Bawah Tapak Kaki Dia,” – Anna Jobling...

Pelakon, Anna Jobling memanjatkan rasa syukur apabila hubungannya bersama ibu tercinta, Ariz Raop kini sudah kembali pulih.
error: Hello. Cannot.