Alahai, nasiblah kalau dapat suami yang suka berlawak dan menyakat ni. Memang hidup tak akan pernah aman, penuh ‘warna-warni’.

Itulah yang boleh MH simpulkan buat pelakon, Azad Jasmin terkenal dengan perangai suka menyakatnya dan memuat naik video tersebut di laman Instagram.

Apa yang menarik perhatian adalah ‘mangsa’ terbaru Azad iaitu isterinya sendiri, Eira Syazira.

Dalam video yang dimuat naik Azad di laman Instagram, Eira kelihatan sedang bersedia untuk ‘work out’ namun diganggu oleh Azad.

IKLAN

Video terhenti sewaktu Eira meminta Azad menghentikan rakaman.

“My wife excited dan bersemangat buat preparation untuk Mood Republik, PWTC hujung minggu ini.

“My wife ni memang rajin sangat work out. Hahahaha….kena gotcha dengan I, I pekena U pula love,”tulisnya.

IKLAN

Dalam pada itu, Eira turut ‘share’ video’ tersebut di laman instagramnya dengan kapsyen ‘Wakenabeb’.

Aksi pasangan suami isteri itu mendapat pujian ramai yang turut menggelar mereka ‘sweet couple’.

IKLAN

‘Adeh Sweet Betul’- Netizen Terhibur Tengok Azad Jasmin Sakat Isteri

Apa-apapun, MH sendiri tak nafikan yang mereka berdua ini memang sweet couple dan saling melengkapi antara satu sama lain. Siapa agaknya mangsa Azad seterusnya ya?

Foto: Instagram Azad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI